Kaedah Selamat Pengurangan Berat Badan


Assalamulaikum…


Nampaknya lien telah menulis dua entry kat blog untuk hari ni..semuanya gara-gara tak sabar nak share ngan korang.Pagi tadi share resepi ngan korang kan..makan sedap-sedap pastu berat badan naik.Pastu menggelabah tak tentu pasal.


Psssttt…lien pun mengalami kenaikan berat badan sebanyak 2kg dalam masa setiap dua minggu.What?????Maknanya dalam masa sebulan berat naik sebanyak 4kg..Oh Nooo!!!Rilek rilek…kenaikan berat badan ni berlaku semenjak lien disahkan hamil pada bulan May 2013 hokehhh…so kenaikan berat badan untuk ibu hamil adalah normal.Masa belum menikah iaitu ketika ‘Aku Masih Dara’ hewhew zaman bujang tang tang lah kan.. berat badan asal lien maintain 44kg.Kalau ikutkan berat badan ideal adalah 45kg.Skg berat dah mencecah 55kg dan dijangka akan naik lagi dan lagi sehingga lah waktu bersalin nanti.Tak tau lah bape kan berat akhir tu. 


Berat yang dah naik tu mungkin akan turun dan mungkin juga tidak. Figure mak dara mesti dah tak sama ngan figure anak dara. Tapi kan orang cakap tak leh pikir negatif kena selalu pikir positif. Dan lagi satu kena berpegang pada prinsip ‘Hendak seribu daya’. Sekarang ni dah macam jenis supplement tuk kurus yang berada di pasaran. Tapi adakah semua supplement tu selamat tuk kita. Hati-hati ye my fren. Bila berat kita dah naik, kita pastilah teruja dengan pil-pil kurus tu semua.Maklumlah nak cantik. 





Yang pastinya ada bermacam-macam lagi cara atau kaedah yang selamat untuk maintain berat badan kita. Dan lien akan pilih cara yang selamat ni untuk mendapat berat badan asal. 

Orang ada cakap kalau menyusukan bayi akan membantu kita kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Itu orang cakap kan.Tapi nape kita nak dengar orang cakap kan. Dah terbukti ke menyusu badan tu boleh jadi kurus balik???? Lien yakin sangat dengan menyusukan baby kita dengan susu kita tu boleh menurunkan berat badan. Perkara ini telah dibuktikan sendiri oleh kembar lien yang beliau boleh dapat berat asal selepas beliau menyusukan bayi beliau sehingga 2 tahun lebih. Masa pregnant beliau tersgt bam bam.Hehehhehe…


Oleh sebab itu lien akan cuba menyusukan baby nanti. Memandangkan lien bekerja so impossible lah kan nak bagi susu direct so jawabnyerrr kena pam lah. Setakat ni kawan-kawan ada rekemenkan beberapa pam susu yang mereka guna. So skg tgh decide nak beli pam susu yang mana satu. Manfaat menyusukan bayi ni, both side dapat kebaikan baik kepada ibu mahupun bayi itu sendiri. Diakui juga , menyusukan bayi ni dapat meningkatkan kesihatan bayi baik dalam jangka pendek mahupun jangka panjang. Korang tau tak, bayi yang tidak diberi susu ibu ni tapi minum susu formula ni boleh terdedah dengan masalah obesiti iaitu kegemukan pada usia muda (kanak-kanak dan remaja). So jangan ingat kita ja yang nak badan slim..baby kita pun nanti nak slim jugak hokehhh..hehhee.


Kalau korang makan nasi ayam ke ayam penyet ke atau pun chicken chop ermmm nyum nyum kan mesti akan dihidangkan sekali dengan hirisan tomato tu.Ada orang akan ngap hirisan tomato tu ada sesetengah orang akan abaikan ja hirisan tomato sbb kurang enak.Gambar hiasan di bawah tuk korang cuci mata :))))

Nasi Ayam bersama hirisan tomato

Ayam penyet bersama hirisan tomato

Chicken chop bersama hirisan tomato

Ok korang baca betul-betul apa yang Dalin LienDa Winda nak tulis ni.TOMATO SANGAT BERGUNA DALAM RAWATAN OBESITI.Eh betul ke????

Tomato

Jus Tomato

Mengamalkan pengambilan tomato ni dianggap kaedah selamat penurunan berat badan. Baik Mak dara ke,anak dara ke wanita mahupun laki-laki boleh amalkan petua ni.Korang cuba amalkan makan satu atau dua biji tomato pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Korang juga  boleh jadikan jus tomato dan minum setiap hari. Masa zaman sekolah dulu selalu ada aktiviti sukan dengan kelas taek won do bagai, pastu bila dah dekat exam terpaksa stop dan tumpukan pada study. Berat badan naik sampai zaman mula-mula masuk kolej badan lien agak sedikit bam bam.Pipi bolat tak hengat. Keyakinan diri turun jugak lah.Lepas tu lien amalkan makan tomato ni waktu pagi bersama dengan segelas madu panas. Terbukti hasilnya.

Oklah u ols.Lien tau mesti korang teruja nak tau banyak lagi tips tuk selim melim kan. Rasanya setakat ni ja lah untuk entry kali ni.Babai. Sekian……

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

Mewarnakan rambut dengan inai

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE