Sama tapi tak serupa
Assalamualaikum..
Teruk
tak aku??Bagi-bagi salam ja terus pampang gambar tak ada mukadimah
langsung..ngeh ngeh ngeh.Story of the day adalah ‘sama tapi tak serupa’.
Surprise tak ..surprise tak ada orang muka sama dengan aku?Bukan photocopy.Bukan juga guna photoshop buat gambar ni jadi dua.Sama tapi tak serupa hokeh.Apakah?
Surprise tak ..surprise tak ada orang muka sama dengan aku?Bukan photocopy.Bukan juga guna photoshop buat gambar ni jadi dua.Sama tapi tak serupa hokeh.Apakah?
Bersyukur
sangat aku dan dia dilahirkan dalam keadaan sempurna.Tak bercantum tak
melekat tak ada siam-siam.Ori Malaysia.^_^.Boleh bayang tak dalam perut
mak aku ada dua orang.Kesian betul kat mak aku masa tu kan.Tapi mak
cakap dia rilek ja.Tak rasa apa-apa pun.Sebab dah ada experience kan.Mak
aku tak tahu langsung pun yang dia mengandungkan anak kembar.Mak
bersalin kat rumah semasa kelahiran kami.Bidan yang sambut.
Aku
yang kuar dulu dari perut mak.Tak sabar-sabar sangat kan nak tengok
dunia sampai kuar songsang.Kaki aku dulu yang kuar.Sebelah pulak tuh.Boleh
bayangkan tak macam mana kalau bayi yang kuar kaki dulu.Selalu kepala
bayi kuar dulu kan.Gawat-gawat...Nasib baik bidan tu memang professional tahap
tinggi.No hal punya small matter.Ini mak aku ceritalah.Lepas aku selamat
kuar dari perut..bidan suruh mak teran lagi.Teran tu dalam loghat
Kelantan. Dalam dalam bahasa doktor..push la kan.Push lagi push lagi.Mak
aku teran dalam keadaan rilek-rilek macam tu ja.Intonasi aku ja lebih
kasi bakal-bakal ibu gerun sikit…hahaha.Sepuluh minit kemudian mak teran
teran maka kuarlah kembar aku ni.Alhamdulillah.
Apakah persamaan dan perbezaan kami??
1.Rupa
Kalau
dulu orang memang susah nak bezakan kami berdua.Confuse.Susah nak cam
mana satu aku mana satu kembar aku.Meh nak bagitau.Aku ada tahi lalat
kat hidung sebelah kanan, muka bujur sikit dan kurang comel.Twin aku ada
tahi lalat sebelah kiri, muka agak bulat dan comel lebih daripada
aku.^_^
2.Hobi
Hobi kami banyak persamaan.Melukis, menulis dan banyak lagi.
3. Makanan dan minuman kegemaran
Aku suka yang goreng-goreng pedas-pedas, dia suka yang sup-sup yang macam berkuah, masak lemak.Dua-dua suka minum soya
3.Perangai
Dia
macam baik sikit aku ni nakal sikit.Masa sekolah rendah pergi sekolah
dengan basikal.Dia yang kayuh aku duk belakang.Jahat tak aku.Ngeh ngeh
ngeh.
4.Siapa lagi pandai
Masa
sekolah rendah dia memang pandai daripada aku lah.Kalo exam tu dia
selalu dapat markah lebih daripada aku.Jeles tau.Nasib baiklah result
UPSR kami sama-sama cemerlang.Masa sekolah menengah aku pulak pulun
study.Kali ni turn aku pulak selalu mendahului markah daripada
dia.Inilah yang dikatakan jeles membina.Bukan jeles tak tentu pasal.Kat
kolej kami sama-sama pandai.Tapi pointer aku still lebih daripada
dialah..eheheheh..
5.Pelik tapi benar
Part
ni syok nak cerita nih.Cikgu-cikgu yang mengajar matapelajaran Bahasa
Melayu mesti akan tanya kami ada tiru buat karangan ke?Nak tahu
kenapa?Sebab isi kandungan karangan kami berdua sama.Hakikatnya memang
kami tak meniru antara satu sama lain.Kadang-kadang kami boleh berfikir
benda yang sama.Ye lah dah belajar pun sama-sama kan.Baca buku pun buku
yang sama.Boleh bayangkan dah kan apa hasilnya.
6.Status
Aku
masih single mingle dan dia sudah pun berkahwin.Semasa hari pernikahan
dia aku baru putus cinta.Aku berangan-angan nak bernikah dan bersanding
dalam satu majlis pada masa yang sama. Tapi nak buat macam mana seru dia
sampai dulu.Jadi hajat aku tak kesampaian.
7.Tahap Keserasian
Ramai
juga orang duk tanya kami ni tak pernah gaduh ke?Nampak baik dan
berkepit ja 24 jam.Hahahhaha…hari-hari gaduh.siap tarik-tarik rambut
lagi.hahahha…lawak ja ni.Tipulah kalau cakap tak pernah gaduh kan.Adalah
jugak sekali dua berselisihan faham berbeza pendapat lalu bermasam
muka.Tapi tak lama pun. Tak sampai sejam pun dah baik balik. Mana boleh
gaduh lama-lama tak syok. Mula-mula masuk alam persekolahan memang tak
rasa takut sebab ada kembar aku ni sebagai teman rapat.Memang kawan dengan dia je lah.Pendek
kata,dilahirkan oleh mak yang sama,sekolah sama,study course sama,
pernah bekerja di tempat yang sama dan tinggal bersama.Walaupun selepas
dia berkeluarga we still stay together. Masa hari pertama perkahwinan
dia, aku rasa janggal kena tidur sorang-sorang kerana dah terbiasa tidur
sebantal dengan dia.Sekarang baru nak belajar hidup berasingan.uwaaa!!!
^_^ pssstttt...dulu aku selalu berangan-angan nak wujudkan persatuan kembar semalaysia. ^_^
Comments