Tips maintain slim melim
Saya bukanlah doktor pakar.Sekadar nak berkongsi khas tuk rakan-rakan yang selalu bertanya pendapat dan bagaimana saya maintain berat badan.Cara saya jimat dan terbukti berkesan.Lai lai lai meh nak cite.Amboi macam tak sabar nampak.ilek ilek..mai kita tengok satu persatu.
1.Sikap positif
Perlu diingatkan bahawa pemakanan bukanlah faktor utama menyebabkan berat badan badan bertambah.Sikap anda juga memainkan peranan.
2.Banyakkan bergerak
Kalau kat pejabat tu jangan main-main tolak kerusi je nak ambil fail kat rak.Silalah bangun dan berjalan ke rak.
Naik tangga turun tangga, elakkan guna lif (pssst..rumah saya atas kayangan tau..hari-hari duk mendaki tangga)
Hujung minggu berjalan-jalanlah kat shopping mall ke,taman ke, berjalan kaki ke masjid pun ok gak kan.Dapat gak pahala.
Cuba elak parking kereta kat pintu masuk.Parking jauh-jauh sikit.
Nak minum air ambil sendiri.Punyalah malas nak pergi dapur sampai kena suruh orang ambilkan.No no no.
3.Sarapan pagi
Sarapan pagi adalah wajib.Jangan sesekali skip breakfast.Anda boleh mengamalkan makan madu dan air suam kalau anda memang malas bersarapan.Jika anda skip breakfast dikhuatiri anda pulun makan waktu tengah hari sebab terlalu lapar.Anda boleh lihat hasilnya kalau makan heavy breakfast,heavy lunch and heavy dinner.Lemak sana sini.Pastu mulalah stress tak tentu pasal.Lagilah kuat makan..ayo..no no no.
4.Epal hijau dan Yogurt
Pil-pil kurus semua tu tak mainlah.Kadang-kadang tak berkesan langsung malah memudaratkan lagi.Amalkan makan epal hijau dan yogurt.Murah dan jimat.Anda boleh jadikan epal sebagai snekku semasa menonton tv.ngeh ngeh ngeh.Boleh buat buat senaman muka kalau mengunyah epal.Yogurt pulak membantu mengatasi perut buncit.Dan juga melancarkan sistem percernaan hokeh..
5.Bersenam
Dalam bilik pun boleh.Di mana mana saja.Sekejap pun tak pe.Buat basic thing je.Macam saya selalu lompat-lompat,buat regangan,gelek sikit sikit kasi ramping.
Sekian..selamat beramal
Comments