I My Me Mine

Assalamualaikum

Pic di atas antara komen rakan-rakan facebook lien tentang diri lien.Appreciate sangat.Mungkin rakan-rakan menilai lien setelah kenal lien,menilai secara luaran,ataupun penilaian melalui pemerhatian.Ada satu komen yang menarik perhatian lien daripada Razzi Rahman iaitu 'Battle Field'.Srupo tajuk game 'battle field'.hehehe.Lien tak pernah main game tu.Mungkin lepas ni boleh try main game tu.

Sometimes kita kena suruh orang nilai diri kita.Sebab kadang-kadang kita sendiri pun tak kenal diri kita.Dan mungkin juga ada yang kita terlepas pandang. Sikap terlalu merendah diri tak bagus,sikap terlalu bangga diri pun tak bagus.Sederhana lagi molek dop gitu?Yang mana dop elok tu lien akan perbaiki,yang elok akan lien kekalkan.


Apa yang lien tahu tentang diri sendiri?

Attitude/perangai/perwatakan lien yang tak boleh blah:

1.Takut kucing (nampak kucing tu macam harimau,terjerit-jerit sampai satu kampung boleh dengar)
2.Merajuk no satu
3.Sensitif
4.Gedik (sikit-sikit jah,dop melampau mana pon)
5.Kuat sungguh berahsia
6.Pendiam ( dop reti nok kecek banyok padahal maso kecik-kecik ado hati nok jadi pengacara..ahakz meme tak boleh blah)
7.Dah banyak kali gagal bercinta
8.Rajin (meme pon.angkat bakul timbe kilo sendiri) :))))
9.Tak suka bergosip 
10.Penakut (meme dop suko tengok cerita seram)
11.Berani (berani dari segi menghadapi cabaran)
12.Lelaki pilihan mesti tak dop misai.Kalo ada jugok meme kena suruh buang.


 Perkara yang lien suka buat:

1.Menulis
2.Posing
3.Bangun pagi
4.Menonton drama/filem Melayu
5.Baca buku-buku/laman web motivasi
6.Menonton Talk Show
7.Wajib pakai eyeliner
8.Mesti order teh tarik/nescaffe tarik kalo lepak kedai mamak/lepak borak


Lien tertarik dengan sajak kat bawah ni.nak share kat sini:

ILMU  MENGENAL  DIRI

Jalanmu jalan nyata
Jalan ku jalan rasa

Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan aku a
Engkau  dan  Aku

Kalau engkau hendak menemui aku

kan berjalan pula pada jalanku
Ushakan kita sejalan, engkau dan aku
Supaya tercapai yang di tuju

Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan.

Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau  di luar aku di dalam
Tempat mu di kiri aku di kanan

Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku

Aku yang engkau jumpai diperjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak tukar haluan
Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan

Berjalan pada jalanku
Berarti engkau besertaku
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku
Aku yang selama ini terahsia bagi mu.

(SAJAK PENINGGALAN GURUKU)
BAPAK  BAGINDA  MUCHTAR

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE