Posts

Showing posts from April, 2013

Pesanan Hati

Seandainya mataku Sudah tidak mampu lagi bercerita Biarlah saja hatiku yang bercerita Kerana mataku Sudah lelah Berjaga sepanjang waktu Biar pun ku tak ingin Mataku terpejam walaupun seketika Kerana ku khuatir Saat mataku terbuka Rindu akan bertamu Jadi biarlah hatiku saja yang bercerita Semoga selalu begitu Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Minggu Setiausaha 2013

Image
Assalamualaikum.. Untuk pengetahuan semua, bulan April merupakan bulan istimewa buat para setiausaha yang merupakan antara tulang belakang kepada sesebuah syarikat atau institusi. Para setiausaha akan diraikan dalam satu majlis yang dinamakan Minggu Setiausaha. Minggu setiausaha ini merupakan acara tahunan. Sebagai seorang yang bergelar setiausaha,lien pun turut sama terlibat diraikan dalam satu majlis makan tengah hari tertutup bersama para setiausaha di Zuan Yuan One World Hotel pada 23 April 2013. Posing dulu ea..sementara menunggu ketibaan setiausaha-setiausaha lain Dah lama tak makan gui ling gau.Tak sangka dapat makan gui ling gao kat sini. TERIMA KASIH.  KEPADA SEMUA YANG BERGELAR SETIAUSAHA SELAMAT MAJU JAYA.

Wanita Patut Elak Jadi Sumber Fitnah

Image
Jabir bin Abdullah melaporkan, Rasulullah melihat seorang wanita, lalu Baginda mendatangi isterinya Zainab yang sedang menggosok kulit yang hendak disamak. Lalu Baginda memenuhi hajatnya. Setelah itu, Baginda menemui sahabatnya dan bersabda “Sesungguhnya wanita boleh menjadi perangkap syaitan. Oleh itu, sekiranya seseorang di antara kamu melihat wanita, segeralah mendatangi isterinya.Sesungguhnya perkara itu dapat menurunkan hawa nafsunya”. ( Direkodkan oleh Muslim Abu Dawud, At Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban) Sumber: Buku 100 Wasiat Nabi Untuk Wanita Dipetik dari Berita Harian 19 April 2013, Jumaat Muka Surat 47 (Agama)

Sangkar

Bola mata menusup ke luar jendela Kesayuan menjengah ke segenap ruang Menjadi belantara hati yang kosong Sepi menghuni hati Patah sayapku termangu Tak mampu terbang bebas lagi Terpenjara dan terkurung Salahku atau takdirku Kerana aku dipilih dan memilih Tuk menjadi penghuni sangkar ini Bingung dan pasrah Semoga nanti akan lahir dari hatiku Siulan   yang tulus Mencipta melodi terindah Tuk pemilik sangkar ini Maka wujudlah bahagia jiwa Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE