Minggu Setiausaha 2013
Assalamualaikum..
Untuk pengetahuan semua, bulan April merupakan bulan
istimewa buat para setiausaha yang merupakan antara tulang belakang kepada
sesebuah syarikat atau institusi. Para setiausaha akan diraikan dalam satu
majlis yang dinamakan Minggu Setiausaha. Minggu setiausaha ini merupakan acara
tahunan.
Sebagai seorang yang bergelar setiausaha,lien pun turut sama
terlibat diraikan dalam satu majlis makan tengah hari tertutup bersama para
setiausaha di Zuan Yuan One World Hotel pada 23 April 2013.
Dah lama tak makan gui ling gau.Tak sangka dapat makan gui ling gao kat sini. |
TERIMA KASIH.
KEPADA SEMUA YANG BERGELAR SETIAUSAHA SELAMAT MAJU JAYA.
Comments