Besar Pengorbanan Seorang Isteri
Assalamualaikum….
Hari isnin pergi check up kat
klinik ibu dan anak macam biasa ditemani suami terchenta.Appoinment 2 kali sebulan.Check up pada hari tu just
check tekanan darah,timbang berat and check air kencing ja.Hari tu tak kena amik
darah meme melompat-lompat lah jawabnyerrr.Hooorey hooorey.Kena amik darah
memang bab yang paling tak best sepanjang check up kehamilan ni.
Setakat ni
sebulan sekali ja kena amik darah.Lepas tu baru lah jumpa nurse and nurse akan
bagi consultation tentang kehamilan lah.Masa jumpa nurse tu nurse tanya banyak
kali betul ke berat 58kg ni.Lien pun cakap betul lah…Pastu nurse cakap haa
berat dah lebih ni.Last check up berat 56kg.Dah bertambah 4kg uolsss.Nurse
cakap tak boleh mcm ni..sekurang-kurangnya berat kena naik 2kg ja.Hmmmmm…Nurse
suruh datang lagi hari khamis tuk buat Modified Glucose Tolerance Test nama
singkatannye MGTT.Lebih senang nak paham iaitu kena minum air gula nak check ada kencing manis ke
dak.Nurse cakap walau pun family xde yang kencing manis tapi kena gak wat test
ni disebabkan berat yg bertambah 4kg ni tuk check up kali ni.So semlm terpaksa
lah datang lagi klinik untuk MGTT ni.Part yang tak best kena amik darah la.Jarum
weyyyy uwaaaaa.Pastu baru p minum air gula.Mak air serius minum air gula yang
tersangat manis ni rasa macam hewwwwww.Pening jap.Lepas tu kena tunggu 2 jam amik darah
lagi.Uwaaaa…part yg tak best lagi.Result nanti next appointment baru dapat
tahu.Harap-harap lien tak de la kencing manis ni.Bukan apa time pregnant ni la
kalo tak jaga betul2 macam-macam penyakit
boleh dapat.Harap-harap lien sihat walafiat.
Bercakap pasal berat badan yang
makin bertambah ni…rasa-rasanya wanita hamil memang nak tak nak akan mengalami
kenaikan berat badan.Tak kira lah siapa pun wanita tu.Aishwarya Rai ke,Fasha
Sandha ke,Datin Norjuma ke…so figure memang tak boleh nak dibandingkan langsung
dengan anak dara hokehhh.Tak boleh tak boleh.Bila anak dah besar kita tengok
che ta,nora Danish maintain ja berat kalah anak dara.Opsss ter buat
perbandingan lah pulak kan.Memang kalau masa kita anak dara kita sgt2 concern
tentang bentuk tubuh kita, bila kita dah pregnant dan tiba-tiba berat kita naik..
badan dah jadi gebu gebas bolat,kita akan rasa stress.Dan yang paling teruk
mulalah kita pikir benda yang tak logik dan kadang-kadang tak masuk akal.Tapi
bila kita fikir kat baby kita..rasa sejuk sekejap hati kita kan. Tapi suami
kita macam mana plak?????Haaaa yang ni kita tak tau…
Lien terjumpa sketsa ni ni tuk share ngan korang…yang baik
dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan.
Besar Pengorbanan
Seorang Isteri ..
En Suami : Ustaz..
pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk.
Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu
ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. Isteri
kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih
mencintai kamu dari bentuk badannya.
En suami : Tapi
ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang
ada masa untuk saya & kadang-kadang garang.
Ustaz : Pompuan
simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu
ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu
dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua
beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak-anak kamu.
Kerana dia tahu menjaga anak-anak kamu adalah tanggung jawab & itu tanda
cintanya padamu.
En suami : Isteri
saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya..
Ustaz : Itu
kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak-anak kamu bila mereka bertanya
kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang
tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada
masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata
anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan
kamu itu.
En suami : ....
tapi kan ustaz....
Ustaz : Camni
lah... kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak
ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur
seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk
badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak.
Kalau dia mahu, dia boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari
mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak
hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak
mendapat seorang isteri seperti dia.
(Psssttt…dalam sketsa ni
sepatutnya tak kiralah ustaz ke siapa ke mahupun pun pengarang sketsa ni tak boleh sarankan
perceraian seolah-olah menggalakkan perceraian.Boleh menasihati si suami supaya
muhasabah diri.Itu yang terbaik.)
Subhanallah !
Tu jelah tuk entry kali ni.Thanks. :)
Comments