Darab Bahagi
Assalamualaikum..
Tadi hujan lebat.Mood menulis pun datang tiba-tiba.dan hanya dalam masa 10 minit saja dah tercipta puisi ni.Nah untuk tatapan uols..tulisan ambo
Darab Bahagi
(Nukilan: Dalin LienDa Winda)
Semalam telah pun berlalu
Hari ini adalah nyata
Untuk kau bersemuka
dengan hidupmu
Jangan pernah kau tunduk
Pada sifatmu yang lemah
Kuatlah kuatlah
Demi hidupmu yang baru
Hari ini adalah hari ini
Untuk kau rasa gembira
Jangan pernah rasa sesal
Dengan kegagalan lalumu
Kerana itu adalah pengajaran
Paling bermakna untuk kau tempuh
Darablah kekuatanmu
Darablah semangatmu
Biar jadi berganda-ganda
Dan kau mampu untuk berbahagi
Bahagialah kamu
Terima kasih tau sudi jenguk belog ni.
Comments