Posts

Showing posts from October, 2015

Mirai e

Image
Assalamualaikum.. Pagi tadi semasa memandu, kedengaran lagu mirai e berkumandang di hotfm. Serius dah lama lien tak dengar lagu ni. Dulu waktu belajar kat kolej, boleh dikatakan setiap hari lien pasang lagu ni. Masa tu,  baru sahaja nak belajar berjauhan dengan keluarga terutamanya ma lien.  Sampai dah boleh hafal lirik lagu ni. Sekarang dah  ingat-ingat lupa dah lirik tu. Kalau rasa mood belajar kelaut sikit, lien akan selalu bayangkan wajah ma. So tak adalah fokus belajar kita tu lari. Nak tau sebab apa tau??Waktu zaman belajar kat kolej tu lah baru nak belajar bercinta dan ada couple.Masa sekolah lien mana ada boyfren..hihii.So tak pandai sangat nak bercinta kan. So kalau niat asal tuk belajar tu kita lupa..abislah.Harapan mak ayah kita akan punah. Mujur dapat score jugak masa tu. Kena selalu motivasikan diri. Nah, lien share lirik lagu mirai e sekali dengan terjemahan.La la la la la... Mirai e Hora, asi moto wo mite goran Korega anata no ayumu...

Diari Amsyar: BTS Amsyar Photoshoot

Image
Assalamualaikum.. Amsyar dah setahun 9 bulan. Amsyar masih lagi menyusu badan.Biar macam mana payah pun, Lien akan berusaha menyusukan amsyar sehingga amsyar berusia 2 tahun. Banyak gelagat amsyar sangat mencuit hati lien dan hubby.Penyeri dalam hidup kami. Amsyar dah pandai berjalan, dah kenal dan pandai sebut huruf S,X,A,O... U dan W amsyar dah kenal tapi sebutan tu masih kedengaran comel lagi..hhiihi. Ni lagi satu hobi amsyar sekarang ni.Suka selfie dan suka snap gambar. Alahai..ikut perangai sape la ni..hiiihi.Mesti lah mummy ngan daddy dia. Sebab tu orang cakap kita kena behave bila depan anak-anak. Sebab dalam usia macam ni mereka cepat meniru dan cepat belajar apa yang kita lakukan. Kan kan kan...:))) Terima kasih sudi baca entry ni.

IClass Ebook Advanced

Image
Assalamualaikum.. Bila korang tengok gambar mukadimah lien ni, mesti korang tertanya-tanya kan kan?? "Hai lien, drive ni nak pergi mana?" Okay, lien nak korek ilmu dengan sifu ni.Sape la sifu tu kan?? Taraa..nila sifu yang lien maksudkan tu.Brother Love a.k.a Razzi Rahman, penulis buku Kamus Cinta dan Nota Cinta dan 12 ebook cinta terlaris.Lien sendiri sudah membaca beberapa karya penulisan beliau. Sesungguhnya, gaya penulisan beliau sangat mengagumkan lien dan begitu dekat dengan pembaca. Kalau korang nak tahu, pada 3hb oct 2015, lien telah berjaya menghadiri iclass ebook advanced yang dikendalikan oleh beliau.Banyak sangat ilmu yang dikongsikan oleh Brother Love ni.Kelas yang sangat enjoy dan best. Sedang berfikir dengan serius ke sakit kepala ni???hihi Okay..dah ambil berkat dan menuntut ilmu dengan sifu nih. Lien dalam proses menghasilkan ebook ni tau. Jeng jeng jeng, ebook apa lah lien nak tulis ni kan. Jap jap sabar d...

Hello Mr. Perfect

Image
Assalamualaikum.. Drama Mencintaimu telah pun melabuhkan tirai. Lien bagi sepuluh bintang. Sebab drama yang best dan lakonan yang hebat dari pelakon-pelakon drama tersebut. Siri baru yang menggantikan drama Mencintaimu sudah pun menemui penonton semalam pada episod pertama.Drama siri baru yang diadaptasi dari novel berjudul 'Hello Mr. Perfect'.  Episod pertama semalam, hati si izzul tu dah tertutup buat wanita. Adakah pintu hatinya akan terbuka semula atau pun terus tertutup buat wanita???Ayah si Izzul ni terpaksa bagi syarat tak mahu adik langkah bendul supaya si Izzul tu kahwin cepat.Complicated jugak ni kan.Lien teruja untuk menonton episod yang seterusnya. Korang macam mana plak??? Judul : Hallo Mr. Perfect Episod : 28 Episod Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis. 6.58 petang bermula 30 September 2015 Slot Siaran : Slot Akasia TV3 Skrip : Mazelan Manan, Siti Hawa Ibrahim Novelis: Waniey Zakaria Pengarah : Nuad Hj. Othman Terbitan : A.Aida P...

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE