Posts

Showing posts from 2016

Diari Amsyar : Awak dah besar sayang

Image
Assalamualaikum.. "Percubaan hari pertama dan kedua berjaya.Hari ni masuk hari ketiga.Memang rasa macam nak demam.Amsyar pun tak boleh tidur malam.Kesian tapi hati kena kental.memang tak semudah yang disangka.nak maintain sukar nak lepaskan lagi sukar.Gonna miss that moment" Inilah status di facebook aku pada hari ini.Harap pada masa akan datang status ini akan muncul kembali di ruang legar muka buku aku dan sentiasa mengingatkan aku saat ini. Dikurniakan cahaya mata adalah anugerah bagi ku.Dia hadir pada saat aku berasa terlalu menginginkan bagaimana rasa punya zuriat sendiri.Melihat alis matanya, bibirnya, senyumannya.Setiap hari aku tatap.Mirip siapa wajahnya.Mirip aku seratus peratus kah atau sebaliknya.Dia membesar dengan sangat pantas.Tak lama lagi akan genap usianya 3 tahun. Nama siapa? Asyar Umur berapa tahun iga (sambil tunjuk jari tiga) hahah..macam tulah si comel ni.dah pandai dah. Mummy..mummy..mummy...itulah ungkapan yang du...

Embun Pagi oleh Dalin Lienda Winda

Image
Embun Pagi oleh Dalin LienDa Winda Kulihat titisan embun pagi yang mendamaikan hati menyimbah bumi Biarpun kecil namun setiap titisannya mampu membasahi lantaian hijau menghidupkan nadi menjadi segar sentiasa Esok saat aku membuka lembaran baru aku menantikan saat yang serupa Facebook: Dalinliendawinda Blogspot Twitter:     @dalinlienda Instagram: dalinliendawinda

Countdown Lazada Online Revolution 2016

Image
Online Revolution merupakan jualan dalam talian terbesar tahun ini.Pada 11 November 2016, Lazada Online Revolution bakal melanda.Eh,esok uols.Dah bersedia ke? Jangan lepaskan peluang ni tau. Lazada Online Revolution #LZDMYREVOLUTION Terima kasih sudi baca entry ni Nukilan oleh: Facebook:  Dalinliendawinda Blogspot Twitter:      @dalinlienda  Instagram:  dalinliendawinda

5 Sebab Anda Perlu Singgah dan Shopping di Bandoru Store

Image
Bandoru Store adalah sebuah butik terbesar yang pertama di Malaysia berkonsepkan barangan 'preloved' berjenama antarabangsa.Bandoru diasaskan oleh seorang anak muda tempatan bumiputera, Wafi Shari yang mempunyai pengalaman luas selama 15 tahun dalam industri pakaian 'preloved' di Malaysia. 5 SEBAB ANDA PERLU SINGGAH DAN SHOPPING DI BANDORU STORE PELBAGAI JENAMA TERKEMUKA ANTARABANGSA DAN TEMPATAN YANG ORIGINAL DAN BERKUALITI TINGGI Boleh bergaya dengan pakaian dan barangan preloved berjenama antarabangsa yang original dan berkualiti tinggi.Antara jenama terkemuka yang boleh didapati di Bandoru Store adalah Uniqlo,Zara, Converse, Vans,Adidas,Nike,Louis Vuitton, H&M, Timberland, Dr Martens, Levis, Edwin, Raplh Lauren dan banyak lagi.Barang-barang yang dijual dibawa khas dari Jepun telah menjalani proses pengasingan berperingkat.Seiring dengan slogan  “Better than new” oleh Bandoru Store.Pengasas Bandoru Store sendiri akan membuat last check ...

MyCyberSale 2016

Image
Assalamualaikum.. Bookcafe adalah sebuah kedai buku online yang menawarkan ribuan buku terbaik dalam bahasa Melayu. Sempena MyCyberSale 2016,Bookcafe ada buat tawaran super duper hebat tau.Wah,boleh shopping sakan ni! MyCyberSale akan berlangsung dari 26 September 2016 sehingga 30 September 2016.Masih belum terlambat lagi. #MYCYBERSALE 2016 Jangan tunggu lagi.Jom la singgah. Klik  di sini  tau.

Jingga Merona

Image
JINGGA MERONA (Nukilan Dalin LienDa Winda) Di sini berdiri Tiada janji pasti Terkapai-kapai Lebur hati Mujur tak sendiri Jingga Merona Akan ada lagikah esok Pujuk hati Teguh jua Gambar oleh  Memorable Photography Services

Sebuah Kemaafan

Image
Assalamualaikum , Agak kesepian sedikit blog ini beberapa minggu ni kan.Maaf ya.Terima kasih kepada kalian yang sudi singgah di blog ini.Hari ni jari jemari rajin menari menaip.Okay,entry hari ini nak beri judul "sebuah kemaafan". Pernah tak terucap di bibir atau terlintas sejenak di fikiran kalian ”Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila”.Puncanya mungkin kita berasa  geram dan marah yang melampau pada seseorang.mudah sensitif, baran dan tidak boleh menerima teguran ,atau pun ada sesuatu yang dilakukan oleh seseorang sehingga membuatkan hati kita terluka dan banyak lagi. Okay..tarik nafas dalam-dalam dan hembus.Lega tak?Mari kita berfikir sejenak. Selepas kita menarik nafas dalam-dalam dan kemudian kita hembuskan.Apakah nikmat yang dapat kita rasakan? Kita berasa nyaman,segar dan tenang..Cuba kita bayangkan seandainya kita langsung tidak mahu memaafkan kesalahan insan lain.Akan lahirnya perasaan benci, marah, meluat dan macam-macam lagi.Semuanya bersesak-sesak d...

Mood Republik KL Festival Raya

Image
Mood republik menganjurkan KL Raya Fest di PWTC,Kuala Lumpur berlangsung pada 24 Jun 2016 hingga 27 Jun 2016.KL Raya Festival ,72 Jam non stop festival tau.Shopping sampai lebam.Lebih 600 jenama dan selebriti popular berhimpun di sini. Berkesempatan singgah pada malam 26 Jun 2016.Kami rambang mata tau sebab banyak sangat pilihan dan hampir setiap booth menawarkan harga yang super murah.Dapat juga grab 2 pasang baju raya kat sana dengan kerongsang. Amsyar pula sibuk tunjuk kuih raya.Semua kuih raya dia nak.hehe. Lien share gambar-gambar di pentas utama yang sempat dirakamkan. T erima kasih sudi baca entry ni. Jemput like page  Dalinliendawinda Blogspot

Cahaya Malaika

Image
Siapa yang dah tonton telefilem Cahaya Malaika?Lien berkesempatan menonton telefilem ni semalam yang disiarkan di TV3. Hubby beritahu yang beliau sudah lama   menonton telefilem ni. Barulah lien tahu yang telefilem ini pernah disiarkan pada tahun lepas. Sebuah telefilem arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin ini sangat menarik dan menyentuh kalbu.Lakonan yang mantap oleh barisan pelakon yang hebat seperti Que Haidar,Sharifah Shahora, Riz Azman,Adik Putri Luvvna,Roy Azman,Normah Damanhuri dan ramai lagi.Serius tabik.Air mata ku ini hampir bergenang tau semasa menonton cerita ni.Sebak.Boleh dikatakan kebanyakannya cerita Bollywood   yang boleh menyentuh sanubari lien ni .Tapi penangan telefilem ni..perghhh. Syabas kepada team   ‘ Cahaya Malaika’. Selepas menonton cerita Cahaya Malaika ni, lien ringkaskan dan share dengan korang: Mengisahkan Ezra   seorang penulis yang mengharungi liku kehidupan yang sangat sukar selepas kematian ibunya.Iba...

Kelebihan MAC MATTE

Image
Assalamualaikum.. Hari ni lien nak share tentang lipstik matte. Dulu lipstik matte ni bukanlah pilihan pertama lien. sebab lien ingat bila kita mempunyai masalah bibir kering lipstik dari jenis matte ni tak sesuai dengan lien. So langsung lien tak berani nak cuba.Tapi sekarang matte ni dah jadi kegilaan lien. Matte sememangnya lipstik yang memiliki formula kering ni sebenarnya lipstik yang menjadi kegilaan ramai wanita. Jom lien share satu tip. Sebelum apply lipstik dari jenis ni, korang ratakan bibir dengan foundation terlebih dahulu. Kemudian barulah apply lipstik ni.  Apakah kelebihan lipstik MAC matte? Long lasting, tekstur lembut, mudah diaplikasikan, tidak membuat bibir terasa kering dan cakey, bibir nampak penuh dan sexy :P .  Terima kasih sudi baca entry ni

Writing Song Workshop

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Lien telah menyertai 'Writing Song Workshop' oleh Juwita Suwito semalam. Juwita Suwito merupakan seorang penyanyi dan penggubah lagu.  Lien menyertai workshop ini bertujuan ingin mengetahui bagaimana sebuah lagu itu boleh terhasil.Di samping minat yang begitu mendalam dalam bidang penulisan. Lien menimba banyak sangat ilmu yang berguna hasil daripada menyertai bengkel tersebut. Bengkel ini dijalankan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Terima kasih baca entry ni.

27 Puisi Dari Hati

Image
Assalamualaikum.. Ebook 27 Puisi Dari Hati yang memuatkan 27 puisi nukilan lien sendiri seratus peratus sudah siap untuk ditatap oleh anda semua. Dalam ebook ni ada 4 sahaja puisi baru. Yang selebihnya adalah puisi-puisi yang pernah lien pos di blog lien sebelum ni dimuatkan sekali dalam ebook ni. Bagi yang ingin memiliki ebook 27 Puisi Dari Hati ni boleh email lien dalinliendawinda@gmail.com Terima kasih sudi baca entry ni.

Cinta Si Wedding Planner

Image
Assalamualaikum.. Pelakon : Mira Filzah, Adi Putra Haa..peminat drama Cinta Si Wedding Planner mesti tak lepaskan peluang mengikuti siri drama tersebut kan. Episod semalam..drama ni dah sampai klimaks tau.Scene yang paling best dan berdebar-debar scene yang kat bawah ni.Kesabaran zara sebagai seorang isteri sedang diuji.Zara seorang isteri yang sabar.Tapi kesabaran Izara Batrisya ada batasnya tau.. Zara: What is going on between us? If I’m at fault, just tell me so I can fix this Fariz:  Can you leave me in peace? Zara: Honey if you have problem talk to me.We can solve it together Fariz: I’m going to bed Zara: Hold it right there, Fariz Adryan! Why do you have to run away everytime there is a problem? Why can’t you just face it? Yes ours is an arranged marriage. It’s a solid excuse for you to do as you wish You’re a man, Fariz.Don’t treat me as an excuse.You still can say no.You care  about mama’s feeling, but what about mine?! Yo...

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE