Diari Amsyar: Amsyar genap usia 2 tahun Azam Tercapai

Assalamualaikum..

Maaf.Maaf sangat-sangat lambat update pasal ni.Anyway, selamat tahun baru 2016 Lien tak nak say goodbye 2015, just nak say hello 2016.Lien mulakan entry kali dengan mendoakan kesuksesan kalian mencapai azam.Okay lien belum nak update pasal azam 2016.Tapi lien nak cerita kat korang azam lien pada 2 tahun lepas.Alhamdulillah..berjaya.Apalah azam lien tu kan.Korang baca entry ni sampai habis.Baru korang tahu nanti.

Pada 28 December 2015, adalah hari ulangtahun kelahiran yang kedua bagi insan yang bernama Aqil Amsyar..my prince .Rasa macam masa berlalu sangat pantas.Rasa sakit dan payah saat-saat lien berjuang melahirkan insan comel ini masih segar seolah-olah baru semalam terjadi.Sangat segar di ruang ingatan. Nama ja lien bersalin 'czer'..tapi lien lalui juga fasa sakit bersalin secara normal tau.Tapi itulah namanya perjuangan.Perjuangan melahirkan seorang zuriat. Doktor memang dah awal-awal lagi suruh lien surender czer ja.Tapi lien yang berkeras nak bersalin secara normal.End up..emergency czer. Kecewa tapi bersyukur janji baby lien selamat,

Selepas lahirnya insan ini, lien berjuang pula untuk menyusukan amsyar dengan susu badan.Tak semudah yang lien sangka.Tapi sebab lien dah berazam dan berusaha bersungguh-sungguh..seolah-olah Tuhan permudahkan segalanya.Lagipun sebelum kelahiran amsyar lagi, lien dah lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan ibu ini.Penting sangat tau ilmu bab penyusuan ibu ni.Hari pertama lien nak susu kan amsyar tu, panik lah jugak.Asalkan kita tidak berputus asa. Lien cuma nak beri yang terbaik untuk cahaya mata lien.Lien sedar akan kebaikan susu ibu ni.Nanti lien cerita dalam entry akan datang tentang kebaikan susu ibu ni. Genapnya usia amsyar 2 tahun sekaligus misi lien untuk menyusukan amsyar selama 2 tahun juga sukses.Alhamdulillah.

Pengalaman menjadi seorang ibu ni sangat indah. Banyak mengajar tentang erti sabar.Erti kasih sayang yang sebenar. Lien semakin faham naluri seorang ibu. Dari tapak kakinya kecil sekarang dah boleh bertatih. Subhanallah,rasa seolah-olah kita melihat kebesaran Pencipta setiap hari.Amsyar masih lagi bertutur dalam bahasa baby..hihihii.comel ja.Nak air, tido, hai, nak nak, mummy dia panggil mi ja sekarang ni, hallo, duduk adalah antara perkataan dia selalu sebut pada usia menjangkau 2 tahun ni. Waktu lien tengah bersiap nak pergi ke pejabat pagi-pagi tengah makeup tu kan bila amsyar bangun ja amsyar pasti akan hadiahkan senyuman kat lien dan cakap hai.Nanti lien akan rindukan semua tu bila amsyar dah dewasa nanti.

Dah pandai suap mummy..
Amsyar ni ada ciri-ciri lelaki romantik ni kan.Orang cakap kalau nak cari calon suami,
tengok macam mana lelaki tu layan ibunya.Ehem ehem..dah besar dah anak mummy ni.
Nanti dah besar boleh jaga mummy dan jadi ketua keluarga yang baik bila amsyar dah dewasa nanti.
Mummy doakan amsyar dapat jodoh yang solehah.


Selamat hari jadi putera hatiku.Aqil Amsyar 

Dah pandai makan sendiri




Dah pandai lukis

Pandai tangkap gambar 
Dah pandai selfie
Suka tersenyum dan ketawa
Amsyar setia menemani mummy and daddy


Sekian.Terima kasih sudi baca entry ni.

Comments

Ray Hopkins said…
Appreciiate this blog post

Popular posts from this blog

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

Mewarnakan rambut dengan inai

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE