Cahaya Malaika
Siapa yang dah tonton telefilem Cahaya
Malaika?Lien berkesempatan menonton telefilem ni semalam yang disiarkan di TV3.
Hubby beritahu yang beliau sudah lama menonton telefilem ni. Barulah lien tahu yang
telefilem ini pernah disiarkan pada tahun lepas.
Sebuah telefilem arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin ini sangat menarik
dan menyentuh kalbu.Lakonan yang mantap oleh barisan pelakon yang hebat seperti
Que Haidar,Sharifah Shahora, Riz Azman,Adik Putri Luvvna,Roy Azman,Normah
Damanhuri dan ramai lagi.Serius tabik.Air mata ku ini hampir bergenang tau
semasa menonton cerita ni.Sebak.Boleh dikatakan kebanyakannya cerita Bollywood yang boleh menyentuh sanubari lien ni .Tapi penangan
telefilem ni..perghhh. Syabas kepada team ‘ Cahaya Malaika’.
Selepas menonton cerita Cahaya Malaika ni, lien ringkaskan dan share dengan
korang:
Mengisahkan Ezra seorang penulis yang
mengharungi liku kehidupan yang sangat sukar selepas kematian ibunya.Ibarat
sudah jatuh di timpa tangga.Beban hutang dan masalah kewangan yang di tanggung
membawa beliau ke kampung halaman arwah ibunya.Beliau bercadang untuk menetap
di rumah pusaka ibunya buat sementara waktu.Isteri beliau Lily lari meninggalkan
beliau dengan niat pada asalnya untuk meringankan beban yang di tanggung
suaminya.Kerinduan anaknya terhadap ibunya membuat Ezra tertekan.Mak Ngah pula
tidak habis-habis dengan cita-citanya untuk menjadikan rumah milik ibu Ezra tempat beliau berteduh sebagai home
stay.Keadaan bertambah sukar apabila beliau disahkan menghidap barah otak.Beliau
nekad untuk menyiapkan penulisannya demi masa depan anaknya.Mak Ngah pula
menjaja cerita bahawa Ezra terkena aids akibat pekerjaan dan gaya hidup
isterinya di bandar.Sahabat Ezra kesal dengan saudara Ezra yang tidak mahu
membantu saudara sendiri sedangkan beliau yang tiada ikatan keluarga dan darah daging dengan Ezra
banyak menyokong Ezra.Sahabat Ezra yang kesal dengan tuduhan penduduk kampung
akhirnya membongkar semua kebaikan yang Ezra lakukan terhadap ibu dan Mak
Ngahnya.Lily juga membuat keputusan untuk kembali kepada beliau tetapi semuanya sudah terlambat.
Ezra menganggap semua perkara yang
menimpanya sebagai kifarah.Akhirnya Ezra telah menghembuskan nafas yang
terakhir.
Terima kasih sudi baca entry ni.
Comments