"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"



Lien tak jemu nak berkongsi rahsia langsing selepas melahirkan anak.Biar pun disua soalan yang sama oleh ramai orang setiap kali bertemu, lien takkan bosan.Suka melihat wanita kat luar sana tampil cantik. Jangan pernah putus asa untuk kekal slim selepas melahirkan anak.Untuk pengetahuan, saya pernah berkongsi cara nak slim selepas bersalin dalam entry sebelum ni.

Jujur lien katakan tak mudah nak tampil slim selepas berumah tangga dan melahirkan anak.Masa sangat terhad untuk diri sendiri,tabiat dan jadual makan yang berubah-ubah adalah cabaran paling utama.Tahniah lien ucapkan kepada wanita yang berjaya tampil kurus selepas melahirkan anak.

Cara yang paling mudah lien boleh kurus selepas bersalin dengan hanya makan bubur masa pantang 44 hari.Sumber protein dan karbohidrat yang ringkas seperti susu,ikan dan biskut juga antara menu utama waktu itu.Lien juga mengambil supplement sebagai makanan tambahan untuk menjamin nutrien yang diperoleh mencukupi.

Lien sarankan pada wanita kat luar sana, jika ingin mengambil nasi dalam tempoh berpantang pastikan dalam kuantiti yang kecil sahaja.Apa jua makanan yang kita nak ambil haruslah dalam kuantiti yang kecil sahaja.Jika terlalu berlebihan, kita tanggunglah sendiri AKIBATNYA.Malas nak mention kat sini.haha.

JUS TOMATO UNTUK DIET


Lien nak share lagi satu petua yang lien amalkan dari dulu lagi iaitu kerap minum jus tomato. Bagi lien jus tomato sangat membantu dalam diet lien..Banyak kebaikan tomato ni sebenarnya.Tomato kaya dengan pelbagai jenis vitamin.Jus tomato sangat membantu memperbaiki sistem penghadaman. Minum jus tomato secara teratur bukan sahaja menyihatkan badan malah boleh menjadikan kita langsing dan awet muda uols.

Cara nak buat jus tomato senang ja.Cuci 2-3 biji tomato,masukkan air kemudian blender.Tak perlu campur gula.Jadikan sebagai amalan seharian.2-3 kali seminggu pun okaylah.Tapi kalau nak cantik petua paling mujarab kenalah rajin dan disiplin kan.Selamat mencuba.

Terima kasih sudi baca entry ni.Silakan share ya...

Nukilan : Dalin LienDa Winda

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

Mewarnakan rambut dengan inai

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE