RTM Menampilkan Dokumentari Terbaru : Impossible Engineering
Radio Televisyen Malaysia (RTM)
tampil dengan sebuah siri dokumentari terbaru bertajuk “Impossible Engineering”
menyingkap kehebatan kejuruteraan moden dan pembinaan struktur mega yang agak
mustahil untuk dibina. Mula bersiaran pada 13 Mac 2018 , setiap Isnin hingga
Khamis, pukul 1.30 tengah hari di TV1.
Siri dokumentari 13 episod ini
turut berkongsi tentang halangan dan cabaran yang dihadapi oleh
jurutera-jurutera dalam proses pembinaan sesebuah struktur. Mereka mengambil
risiko dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak teruji dan dengan itu
merevolusikan bidang mereka.
Dalam episod pengenalan bertajuk
“Ultimate “Warship” penonton dibawa menyingkap sejarah pembinaan kapal
pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth. Siap dibina pada tahun 2014 oleh
jurutera-jurutera dari Britain. Kapal ini mempunyai kawasan permukaan yang
lebih besar daripada dua padang bola sepak dan dapat dipenuhi dengan jet
pejuang F35 yang canggih. Dr. Rhys Morgan, dari Royal Academy of Engineering,
berkongsi kisah bagaimana kapal ini dibina serta cabaran dan halangan yang di
hadapi oleh jurutera-jurutera Britain. Turut dipaparkan temuramah dengan
beberapa jurutera terkenal seperti Mike Murtagh dari USS Intrepid dan Stuart
Justice.
Menerusi episod “Rion Antirion
Bridge” dipaparkan kehebatan Jambatan Rion Antirion, sebuah jambatan kabel yang
merupakan antara paling panjang di dunia dan juga merupakan satu-satunya yang
tergantung oleh kabel sepenuhnya. Jambatan ini melintasi Teluk Corinth
berhampiran dengan Patras, dan menghubungkan bandar Rio di semenanjung
Peloponnese ke Antirrio di Greece. Ianya dibuka pada bulan Ogos 2004.
Jurutera-jurutera yang terlibat dalam pembinaannya terpaksa menghadapi cabaran
seperti angin taufan dan juga laut yang begitu dalam. Di samping itu, jambatan
ini dibina dalam zon gempa bumi yang aktif.
Seterusnya penonton didedahkan
dengan keretapi berkelajuan tinggi yang terpantas di dunia iaitu Shanghai
Magleve. Kereta api Shanghai Maglev atau Shanghai Transrapid mengamalkan konsep
kereta api ‘levitasi’. Menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai ke
Stesen Jalan Longyang (di pinggir pusat Pudong), di mana penumpang boleh
beralih ke Shanghai Metro untuk meneruskan perjalanan mereka ke pusat bandar.
Kelajuan kereta api ini adalah 431 km/j (268 mph). Menjadi kereta api yang
terpantas di dunia sejak perkhidmatannya bermula pada bulan April 2004.
Saksikan paparan kapal terbang
terbesar di dunia dalam episod “Airbus” iaitu Airbus 380. Kapal terbang ini
mempunyai dua dek dan empat buah jet enjin. Dibina oleh syarikat Airbus
Perancis. Kapal terbang ini dapat menampung seramai 525 orang penumpang justeru
menjadikannya pesawat penumpang terbesar di dunia. Kelajuan pelayarannya adalah
kira-kira 900 km/h. Lapangan terbang di mana ianya beroperasi telah dinaik
taraf daripada segi kemudahan untuk menampungnya. Airbus 380 ini telah membuat
penerbangan pertamanya pada 27 April 2005 dan memasuki perkhidmatan komersil
pada 25 Oktober 2007.
Episod “Orion” memaparkan usaha
NASA dalam misi mereka untuk menghantar angkasawan ke planet Marikh. Demi
menjayakan misi tersebut, mereka perlu membina sebuah roket yang paling kuat
dan terpantas yang tidak pernah dibina sebelum ini. Roket Orion ini adalah
sebuah roket angkasa memuatkan empat orang angkasawan ke destinasi di luar
orbit bumi. Orion bertujuan untuk memudahkan eksplorasi ke asteroid dan juga ke
planet Marikh. Penerbangan ujian pertama Orion tanpa angkasawan yang juga
dikenali sebagai Exploration Flight Test 1 telah dilancarkan pada tahun 2014.
Ikuti juga paparan tentang
“Shard, The Glass Skyscrapper”, sebuah bangunan pencakar langit yang mempunyai
95 tingkat dengan ketinggian 244 meter yang direka oleh arkitek dari Itali,
Renzo Piano. Bangunan ini terletak di Southwark, London, dan ianya merupakan
bangunan tertinggi di United Kingdom seterusnya menjadikan ia bangunan kelima
tertinggi di Eropah. Pembinaan Shard bermula pada bulan Mac 2009 dan siap pada
bulan November 2012. Mempunyai sebuah dek pemerhatian yang dibuka kepada orang
ramai pada 1 Februari 2013. The Shard yang telah dibangunkan oleh Sellar
Property Group turut mempunyai pangsapuri mewah, sebuah hotel, dan 600,000 kaki
persegi ruang pejabat.
Dokumentari setengah jam ini
turut berkongsi tentang kehebatan Shanghai Tower, Kansai Airport, Three Gorges
Dam, World’s Biggest Cruise Ship dan beberapa lagi struktur hebat di seluruh
dunia. Saksikan paparan selanjutnya hanya di TV1.
Jika tidak sempat untuk menonton
di TV, boleh juga ditonton menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).
Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di
Google Play dan App Store.
Silakan berkongsi entry ini jika bermanfaat. Boleh ikuti saya di laman sosial yang tertera di bawah:
Silakan berkongsi entry ini jika bermanfaat. Boleh ikuti saya di laman sosial yang tertera di bawah:
Comments