Dokumentari "The Road to Russia" di TV1
Bahang kehangatan Piala Dunia 2018 semakin
dirasai. Bagi kaki-kaki bola pastinya tidak sabar untuk menyaksikan aksi
pasukan kegemaran mereka merebut kejohanan yang diadakan lima tahun sekali ini.
Rusia merupakan tuan rumah untuk Kejohanan Piala Dunia 2018 ini dan bakal
membuka tirai bermula 14 Jun 2018.
Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM)
sudah pun memulakan demam Piala Dunia dengan menyajikan sebuah dokumetari
bertajuk “The Road To Russia” yang
sedang bersiaran setiap Isnin hingga
Khamis, pukul 1.30 tengah hari
di saluran TV1.
Siri dokumentari 20 episod ini memberi
tumpuan kepada persediaan pasukan yang bertanding, cabaran kepada jurulatih dan
pemain-pemain utama pasukan berkenaan serta persediaan tuan rumah dalam penganjuran
acara yang gilang gemilang ini.
Episod pengenalan memfokuskan kepada
beberapa buah negara yang sering memberi saingan sengit dalam kejohanan ini.
Memaparkan pemain tonggak pasukan Sepanyol (Sergio Ramos), Belgium (Romelo
Lukaku), Nigeria (John Obi Mikel) dan Jepun (Takuma Asano). Turut memfokuskan
kepada usaha pasukan Brazil dalam menebus kembali maruah setelah merebut
gelaran juaran dalam kejohanan sebelum ini.
Seterusnya menyingkap kecemerlangan pemain
tengah Jerman, Toni Kroos, satu-satunya pemain Jerman yang pernah memenangi
tiga kejuaraan piala Juara -Juara Eropah. Turut memberi tumpuan kepada pasukan
Korea Selatan, negara benua Asia yang paling banyak berjaya ke peringkat akhir.
Penonton juga dibawa meninjau persiapan yang dilakukan di bandar raya Saransk,
ibu negeri Mordovia dan merupakan bandar raya paling kecil terletak di kawasan
timur negara Rusia, yang menjadi salah satu tempat pertandingan akhir.
Ikuti imbasan pasukan Algeria dalam
kegagalan pasukan ini ke Rusia 2018 setelah beraksi cemerlang pada perlawanan
Piala Dunia di Brazil dahulu. Bagi peminat pasukan Manchester United, saksikan
paparan mengenai Marcus Rashford yang merupakan pemain termuda dalam sejarah
bola sepak England menjaringkan gol di peringkat antarabangsa. Tidak dilupakan
pasukan Costa Rica, sebuah negara kecil yang berjaya menempah tiket ke
kejohanan Piala Dunia tanpa bintang-bintang ternama.
Bagi penyokong tegar kelab Liverpool, episod
seterusnya menyingkap kejayaan Sadio Mane pemain sayap termahal dari benua
Afrika yang mewakili pasukan Senegal. Merupakan pemain yang dijangka mampu
menyerlah bagi pasukannya di Piala Dunia nanti. Turut dipaparkan tentang
pemain-pemain pasukan Poland (Robert Lewandowski), Uruguay (Luis Suarez),
Serbia (Branislav Ivanovic) dan Colombia (Radamel Falcao). Saksikan juga
paparan sebelas kota raya di Rusia yang terlibat dalam menganjurkan perlawanan
peringkat akhir nanti.
Episod diteruskan dengan paparan pemain pertahan
Argentina, Nicholas Otamendi. Kejayaan pemain ini adalah hasil kerja kerasnya
di kelab yang diwakilinya Manchester City dan tunjuk ajar yang diterima
daripada jurulatih Pep Guardiola. Pasukan Morocco turut mencuri tumpuan setelah
22 tahun tidak berjaya ke kejohanan Piala Dunia. Bakal berdepan dengan dua
pasukan gergasi benua Eropah, Sepanyol dan Portugal.
Piala Dunia kali ini bakal menggunakan
system VAR (video assistant referees). Episod ini akan mengupas dengan lebih
lanjut tentang VAR dan sejauh mana keberkesanannya. Turut memaparkan lawatan
Pasukan Pemeriksa FIFA bagi memeriksa tahap persiapan dan keselamatan semua
stadium pertandingan.
Terus setia bersama dokumentari berdurasi
satu jam ini yang bakal berkongsi dengan penonton beberapa lagi pasukan-pasukan
negara yang layak ke kejohanan Piala Dunia Rusia 2018 antaranya Denmark, Peru,
Switzerland, Perancis, Nigeria, Mesir dan banyak lagi.
Jika tidak sempat untuk menonton
di TV, boleh juga menonton menerusi portal online, Myklik
(myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat
turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Silakan berkongsi jika entry ini bermanfaat. Boleh ikuti saya di semua laman sosial yang tertera di bawah:
Silakan berkongsi jika entry ini bermanfaat. Boleh ikuti saya di semua laman sosial yang tertera di bawah:
Comments