Chef Zam Bersama Selebriti Popular Kongsi Menu Lazat Dalam DAPUR CHEF ZAM di TV Okey (Astro 109)



Dalam menjalani kehidupan artis yang sentiasa padat dengan jadual persembahan pentas mahu pun sibuk di lokasi penggambaran, beberapa orang artis popular sempat meluangkan masa bersama chef selebriti Chef Zam berkongsi menu menyelerakan.

Menerus program terbaharu bertajuk “Dapur Chef Zam”, saksikan percubaan artis popular menyediakan menu lazat masakan tradisional dan fusion. Antara selebriti undangan termasuklah Neelofa, Izzue Islam, Saharul Ridzwan, Mark Adam, Amber Chia, Zara Zya, Umie Aida, Adibah Nor, Zulin Aziz dan ramai lagi.

13 episod program “Dapur Chef Zam” bersiaran mulai 22 Julai ini, setiap Ahad, pukul 9.30 pagi di TV Okey (Astro 109), merupakan sebuah rancangan masakan bersiri yang mengisahkan hos rancangan Chef Zam bersama artis dan selebriti jemputan memasak menu-menu yang lazat.

Selain dari memasak, Chef Zam juga memberi tambah nilai informasi dengan memberi tip-tip masakan yang berguna kepada penonton serta banyak rahsia serta teknik masakan juga diajar dan dikongsi. Selain dari itu, hos juga memberi sentuhan baharu kepada menu-menu masakan tradisional menjadi fusion yang lazat dan menyelerakan.


Episod pertama rancangan ini menampilkan Azrel Ismail, seorang pelakon popular menyediakan menu diberi nama ‘greek chicken potato’ dan ‘roquette panacotta’. Kemudiannya bersama tetamu Saharul Ridzwan, menyiapkan tiga jenis makanan iaitu ‘salmon panggang dengan sos pedas burritos bakar berkeju’, ‘kek mousse tanpa bakar dan buah mangga & buah tin’.

Seterusnyan program ini mengundang Izzue Islam, menyediakan tiga jenis makanan iaitu ‘udang chowder dengan jagung, ketam, kentang & bakon juga kari daging kofta’ dan ‘kerisik krumble rangup dengan buah epal & blackberry’.

Menariknya dalam episod empat bila artis Neelofa diundang sebagai tetamu. Neelofa, meluangkan masa berkongsi dengan penonton menyediakan tiga jenis makanan iaitu ‘kambing panggang bersama rosemary & sos pudina lasgna makanan laut’, juga ‘smoothie epal hijau, dan kiwi & beri campuran’.

Chef Zam kemudiannya bersama penyanyi yang juga pelakon iaitu Mark Adam, memasak tiga jenis hidangan iaitu ‘ayam lilit serai panggang’, ‘pai kerutuk ayam’ dan ‘crème brulee pandan’.

Istimewanya model terkenal Amber Chia, turut ‘turun padang’ menyediakan tiga jenis makanan iaitu ‘tilapia bakar dengan keju parmesan’, ‘har lok bersama tapai pulut’ dan ‘tiramisu ala armenia’.

Saksikan juga episod Chef Zam bersama artis Umie Aida, menyediakan tiga jenis menu menarik  iaitu ‘paella makanan laut sup puri labu kuning berperisa tom yam’ dan ‘kompot buah-buahan kering’. Program ini juga mengundang penyanyi Haiza menyediakan tiga jenis makanan iaitu ‘steak daging lembu bersama sos plum’, ‘masak lemak cili api ayam dengan biji nangka’ dan ‘fettuccini muffin kranberi’.

Peminat pelakon cantik Zara Zya juga usah ketinggalan menyaksikan program ini yang mengetengahkan bakat beliau mencuba hidangan resepi tiga jenis makanan iaitu ‘ayam tomato salai dengan sos berkrim kentang lyonnaise & bakon daging lembu’ dan ‘kustard nangka dengan pisang salai’.

Selain itu ia melibatkan artis undangan pelakon Arja Lee, menyediakan tiga jenis makanan iaitu ‘ikan merah panggang dengan garam masala’, ‘nasi kerabu mangga dengan ayam bebola’ dan ‘pulut mangga goreng’. Bersama selebriti bergelar pelakon, penyanyi dan pengacara iaitu Adibah Noor mnyediakan hidagan ‘nasi makhluba ketam bersos limau mandarin’ dan ‘kek buah pic’. Manakala kemunculan Zulin Aziz pula cuba menyediakan tiga jenis makanan iaitu ‘stew daging bersama sayuran’ dan ‘spaghetti tuna pedas tortilla gulung’.
                                                                 
Episod akhir menampilkan Chef Zam menyediakan tiga jenis makanan istimewanya iaitu ‘rusuk kambing & sos pudina bebola pulut’ dan ‘makanan laut loukoumades dengan coklat’. Bagi yang tidak sempat untuk menonton di TV, juga boleh  menonton menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Twitter Facebook Instagram Youtube Channel Google Plus

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

Mewarnakan rambut dengan inai

Sinopsis Drama Bersiri Korea bertajuk "Healer"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE