Konsert “Sayang Malaysia”, 31 Ogos 2018
Sambutan ambang merdeka sempena Hari
Kemerdekaan ke-61 tahun ini, disemarakkan Radio Televisyen Malaysia (RTM)
dengan “Konsert Sayang Malaysia” pada 31 Ogos ini, pukul 8.30 malam disiarkan
secara langsung menerusi saluran TV1.
Penganjuran konsert yang bermatlamat
meraikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya ini secara tidak langsung dapat
menyatukan rakyat pelbagai bangsa.
Dengan tema sambutan Hari Merdeka bagi tahun
ini ‘Sayangilah Malaysiaku’, konsert diterbitkan Sarena Mohd Salleh, Unit
Hiburan TV RTM menampilkan barisan artis Akim & Majistret, Projector Band,
Azlan & Typewriter, Fuying & Sam, Dato’ David Arumugam, Bumiputra
Rokers dan Bunkface.
Penonton konsert dihidangkan dengan persembahan
kumpulan Bunkface menyanyikan lagu tema Merdeka bertajuk ‘Kita Punya Malaysia’
dan lagu popular mereka yang lain seperti ‘Malam Ini Kita Punya’, medley
‘Revolusi’ dan ‘Situasi’ juga ‘Rentak Laguku’.
Menampilkan gandingan pengacara Jeed Zulkifli
dan Hafiz Zainal, lagu-lagu lain yang dijanjikan antaranya Obses, Lagu Untuk
Laila, Aishah, Meskipun Kau Tahu, Saya Anak Malaysia, Gemuruh, Sampaikan Salam
dan banyak lagi. Raikan Sambutan Merdeka bersama-sama RTM.
Jika tidak sempat untuk menonton
di TV, juga boleh ditonton menerusi portal online, Myklik
(myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat
turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Comments