Prinsip Jati Diri dalam Telemovie Lalang
Mengangkat pegangan prinsip sesekali kita
perlu menjadi lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu, jangan jadi
seperti ubi kayu yang tidak mampu hidup dalam kebun dipenuhi lalang, Radio
Televisyen Malaysia (RTM) meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan menyiarkan
telemovie bertajuk “Lalang”.
Karya arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV
RTM dan skrip oleh Mazlan Manan ini menemui penonton pada 8 September ini,
pukul 9.00 malam di TV1.
Mengangkat latar period drama berlaku
sekitar tahun 1942, era penaklukan Jepun di Tanah Melayu, drama berdurasi 90
minit ini mengangkat tema pengorbanan dan patriotik dalam perjuangan bangsa
untuk menuntut kemerdekaan negara.
Menjalani penggambaran 16 hari di Kelantan,
ikuti perjalanan kisah watak utama Embong (Syazwan Zulkifli) dan Ah Heng (Lenny
Ooi) cuba mengelak diri mereka dari dipergunakan. Mereka tidak sanggup menjadi
lalang yang terpaksa mengikut arah.
Antara babak Lalang lakonan Syazwan Zulkifli |
Namun ugutan daripada Ah Chai (Wong Kam Tat)
untuk mencederakan Sue Lan (Ain Evon Tay) dan Ah Yee (Tiffany) menyebabkan Ah
Heng terpaksa mengalah dan berpegang pada prinsip sesekali kita perlu menjadi
lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu. Jangan jadi seperti ubi kayu
yang tidak mampu hidup dalam kebun yang dipenuhi lalang.
Satu malam, kedai Ah Heng dibakar oleh Mejar
Tanaka (Qi Razali) dan tenteranya. Ah Heng terpaksa menyorok daripada Jepun.
Atas dasar setiakawan dan kemanusiaan, Embong dan Rohani (Sasqia Dahuri)
menyembunyikan Ah Heng di pondok kebunnya.
babak tentera jepun |
babak lakonan Qi Razali sebagai tentera jepun |
Qi Razali hidupkan watak Mejar Tanaka |
Dalam masa sama, Embong terpaksa berdepan
dengan permusuhan ditimbulkan oleh Salleh (Hushairi Husain) yang menjadi tali
barut Jepun. Salleh memang menyimpan dendam lama terhadap Embong kerana
menganggap Embong merampas kekasihnya, Rohani.
Ketika tinggal di pondok, Ah Yee teringin
bermain layang-layang dengan menggunakan surat khabar Cina tetapi Sue Lan
bimbang akan dilihat oleh penduduk setempat dan mereka akan tahu ada keluarga
Cina yang menyorok dalam penempatan orang Melayu.
Malangnya ketika Ah Yee bermain layang-layang,
dia telah ditembak oleh Ah Chai yang menyangka Ah Yee anak orang Melayu kerana
dendam dan marahnya terhadap orang Melayu yang sanggup menjadi tali barut
Jepun. Apa kesudahan cerita lalang ini?
Ia turut dibintangi oleh Hasnul Rahmat,
Zaini Abu Hassan, Muhammad Raif Irfan Rajali dan Muhammad Raif Ikhwan Rajali.
babak menyentuh hati watak Ah Yee yang terpaksa berpisah daripada ibu dan bapanya |
Jika tidak sempat untuk menonton
di TV, juga berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik
(myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat
turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Comments