SINOPSIS TELEMOVIE: HUJAN MANIK DI TV1
Tidak perlu
diperkenalkan lagi dua nama besar dalam bidang lakonan, Fauziah Nawi dan
Rominah Sidek. Lakonan mantap dua figura ini sememangnya dekat di hati penonton.
Terbaharu kedua-duanya muncul sebagai pasangan adik-beradik dalam telemovie
arahan Hisyamudian Ahmad bertajuk “Hujan
Manik” yang diterbitkan Unit Drama TV RTM.
Disiarkan menjelang
sambutan tahun baharu 2019 iaitu pada 31
Disember ini, pukul 9.00 malam di TV1, ikuti plot cerita watak Kalsom,
lakonan Fauziah Nawi dan Samiah, Rominah Sidek yang terpisah sejak kecil berikutan
serangan komunis semasa era darurat tetapi akhirnya mereka bertemu semula.
SINOPSIS HUJAN MANIK
Telemovie Hujan Manik mengangkat kisah lara seseorang yang terpisah daripada keluarga dan orang tersayang dalam tempoh bertahun lamanya hingga tidak tahu mahu mencari di mana. Turut diselitkan emosi seorang kanak-kanak yang sedang meningkat usia dan masih di alam persekolahan yang merasakan dirinya diabaikan oleh ayahnya sendiri. Pada masa sama jiwanya turut memberontak dan hampir terjebak dengan gejala sosial yang berlaku di persekitarannya.
Bayu, lakonan Irfan Rajali merupakan cucu kepada Kalsom dan tidak berminat ke sekolah akibat permasalahan yang berlaku di rumahnya. Manakala Nodin (Hairy Jalil) pula sebagai bapa tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada Bayu kerana sikap kecewanya yang masih menebal akibat kehilangan isterinya.

Bayu mendapat
perhatian daripada neneknya, Kalsom namun ia belum cukup memberi kesan pada
cara kehidupannya membesar. Sebagai anak dia mengharapkan perhatian lebih
daripada ayahnya apatahlagi dia membesar tanpa belaian seorang ibu seperti
rakan-rakannya yang lain.
Kisah Bayu mendapat
perhatian Cikgu Wati (Eyza Aryza) yang menyedari tentang perilaku anak muridnya
itu. Dengan bantuan rakannya, Balqis (Elaine Aidid) dan Sofea (Reen Rahim) yang
datang dari bandar, dia lalu merancang untuk mengaturkan kempen pembelajaran
yang mampu menarik minat pelajar yang bermasalah hadir ke sekolah.
Secara kebetulan
Balqis merupakan cucu kepada Samiah yang telah lama terpisah dengan adiknya,
Kalsom. Pertemuan Balqis dan Kalsom semasa kehilangan Bayu membongkar rahsia
pertemuan melalui gelang yang dipakai oleh Balqis hasil pemberian daripada
Samiah sebelum Balqis berangkat ke kampung.
Adakah pertemuan
Samiah dan Kalsom mampu mengubah perilaku Bayu dan memberi impak yang besar
kepada cara Bayu membesar? Ikuti kesudahan telemovie penuh pengajaran dan
penghayatan ini di TV1.
ARAHAN: Hisyamudin Ahmad
TERBITAN: Unit Drama TV RTM
BARISAN PELAKON : Fauziah Nawi, Rominah Sidek, Irfan Rajali, Hairy Jalil, Eyza Ariza, Elaine Aidid, Reen Rahim
SALURAN TV: TV1. Jika tidak sempat untuk menonton di TV, juga boleh ditonton menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Ikuti saya di semua media sosial yang tertera di bawah:
Comments