Sinopsis Telefilem Sesekali
Karektor seorang bapa seringkali dikaitkan
dengan riak wajah tegas dan sukar menunjukkan rasa sayang kepada si anak.
Justeru si anak lebih terarah kepada si ibu yang lahiriahnya penuh kelembutan
daripada segala sudut.
Namun bayangkan sekiranya takdir menentukan si
ibu pergi terlebih dahulu disambut Illahi. Tanggungjawab si ibu dalam
membesarkan dengan kasih sayang bertukar kepada si ayah. Hakikatnya ia bukanlah
satu tanggungjawab yang senang untuk digalas oleh seorang bergelar bapa.
Realiti kehidupan ini ditonjolkan pada watak
Amrin dibawakan oleh pelakon Beto Kusyairy yang melalui suka duka kepayahan
dalam membesarkan anak setelah kematian isterinya. Begitu juga nilai kasih
sayang dan keikhlasan hati lelaki bernama Adeng lakonan Azhan Rani terhadap
anak angkatnya, Wahyudi.
Kisahnya dihidupkan dalam telefilem arahan
Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM bertajuk “Sesekali” menemui penonton pada 14 Jun 2019, pukul 9.30 malam di TV2.
Menariknya, Sesekali diadaptasi daripada puisi
dengan judul sama karya Siti Zaleha Hashim yang pernah diterbitkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka tahun 2006.
Telefilem "Sesekali" mengisahkan tentang pengorbanan seorang
bapa Amrin yang membesarkan anak perempuannya berumur enam tahun bernama Kemboja.
Amrin memberikan yang terbaik untuk setiap yang apa dilakukan untuk anaknya.
Amrin membesarkan Kemboja seorang diri setelah
kematian Melati ketika kelahiran Kemboja. Pasangan ini bertemu jodoh lewat usia,
dugaan yang berlaku pada isterinya membuatkan Amrin bertekad untuk memenuhi
yang terbaik untuk Kemboja.
Namun ketika Kemboja membesar, Amrin
menyembunyikan pekerjaannya yang sebenar dari pengetahuan Kemboja kerana tidak
mahu anaknya itu malu. Akhirnya Kemboja mengetahui juga pekerjaan ayahnya
sebagai penghibur jalanan bukannya kerja pejabat sepertimana pakaian yang
dipakainya.
Amrin menerangkan situasi dirinya kepada
Kemboja, anaknya itu perlahan-lahan menerima penjelasan ayahnya. Ketika ikatan
dua beranak ini kembali normal, Kemboja dilanggar lari oleh Adeng ketika hendak
melarikan diri dari buruan polis.
Pada masa sama Adeng terpaksa meneruskan
perjalanan kerana ingin menyerahkan duit rompakan kepada Yeop untuk pembiayaan
perubatan mata Wahyudi yang seusia dengan Kemboja.
Kemboja mengalami pendarahan organ dalaman,
berjuang untuk hidup namun tewas akhirnya. Amrin tidak dapat menerima kematian
anaknya Kemboja. Manakala Adeng tertangkap setelah kepantasan pihak polis
memburu Adeng.
Amrin bertekad untuk membalas dendam atas
kematian Kemboja, namun langkahnya terhenti apabila sentuhan Wahyudi
menghentikan setiap perilaku niatnya. Mampukah sentuhan mengubah hati
seseorang, Wahyudi yang mengalami masalah mata, menganggap Amrin bapanya tanpa
mengetahui Adeng telah ditangkap. Apakah nasib Wahyudi menerima nasib yang sama
seperti Kemboja atas situasi yang berbeza. Ikuti kesudahannya mengisi slot
Citra di TV2.
Arahan: Hisyamudin Ahmad
Barisan Pelakon: Beto, Azhan Rani, Noorkhiriah, Hariry Jalil, Puteri Rafasya, dan Shazman Isaac.
Saluran TV: TV2. Jika tidak sempat untuk menonton di TV, juga berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).
Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di
Google Play dan App Store.
Ikuti saya di semua media sosial di bawah:
Comments