“BORAK DULU BARU BUKA” MUSIM KE-4 DI TV1 RTM

 


RTM menyiarkan program temu bual santai yang memasuki tahun keempat sudah menemani penonton menjelang waktu berbuka puasa iaitu “Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini” sepanjang Ramadan ini, pukul 6.45 petang bermula 11 March 2024 di TV1. Program diterbitkan oleh Unit Hiburan TV RTM ini mengekalkan gandingan pengacara Khir Rahman, Amin Idris dan Wany Hasrita yang sememangnya keserasian mereka ini sangat dinantikan penonton setia program ini.

Progam temu bual 31 episod berkonsepkan perkongsian ilmu  bermanfaat yang disampaikan secara santai ini, merangkumi semua aspek pengisian ilmu agama, drama, nyanyian, hiburan, lawak spontan dan lain-lain. Program ini sesuai ditonton ketika berkumpul seisi keluarga menjelang waktu berbuka puasa. Antara topik berkaitan ilmu kesihatan, kekeluargaan, motivasi dan pelbagai lagi.Program yang mendapat respon baik tanpa mengira agama, kaum dan budaya ini membawa pendekatan fiqh yang lebih meluas dan mempermudahkan penyampaian ilmu contohnya berkaitan hukum bersahur, berbuka puasa dan pelbagai lagi. 

Penonton juga berpeluang untuk memenangi hadiah ditawarkan kepada penonton bertuah yang turut serta dalam program ini secara interaktif. Caranya dengan mengikuti https://www.instagram.com/hiburantvrtm/ 

“Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini” disiarkan di TV1.Jika tidak berkesempatan menyaksikan menerusi saluran TV, boleh mengikuti penstriman langsung secara percuma menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my). 

Wany Hasrita dan Amin Idris kekal sebagai hos 
“Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini” 

Wanita Hasrita sebagai hos

Terima kasih membaca entry ini. Silakan berkongsi artikel ini jika bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

Mewarnakan rambut dengan inai

"Makan Bubur 44 Hari Masa Pantang,Berat Turun 20kg"

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE