Posts

Showing posts with the label Drama

Sinopsis Telemovie Mek Wok

Image
Pengarah: Nuad Hj Othman  Barisan pelakon: Fauziah Nawi, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Amar Asyraf, Khatijah Tan, dan Faradhiya Saluran TV: TV2, portal online Myklik (myklik.rtm.gov.my), RTM mobile Waktu Siaran: Isnin, 2 Ogos 2021 jam 9 malam SINOPSIS TELEMOVIE MEK WOK Tok Penghulu menceritakan kisah seram. Seorang penerbit filem mendengar kisah siram tersebut dan berminat menjadikan kisah tersebut sebuah filem. Selang beberapa minggu, kru produksi datang ke kampung untuk membuat penggambaran berdasarkan kisah yang diceritakan.  Namun, kerana kekurangan bajet pengarah telah meminta kru produksi untuk mencari pelakon tambahan di kalangan penduduk kampung yang sanggup berlakon tanpa bayaran.  Tok Anjang dan Jebat merasa tersinggung kerana tidak dipilih berlakon sama dalam cerita tersebut. Lalu mereka berdua mula berpakat untuk menggagalkan penggambaran yang sedang berlangsung.Apakah percubaan mereka berjaya? Atau penerbit filem berkenaan berjaya menangani masalah yang t...

Sinopsis Drama Bersiri Warkah dari Firenza

Image
Pengarah: Adinata Mohd Khalil  Barisan pelakon: Ika Nabila, Zahiril Adzim, Syed Ali, Amai Kamarudin, Engku Fridah, Azhar Amir, Laila Nasir, Navilya Husna, Ikhram Juhari, Ziema Din, dan Rahhim Omar Saluran TV: TV2, portal online Myklik (myklik.rtm.gov.my), RTM mobile Waktu Siaran:  setiap Isnin dan Khamis, pukul 8.30 malam Jumlah episod: 13 episod (bermula pada 27 Mac 2019) SINOPSIS WARKAH DARI FIRENZA “Warkah Dari Firenza” adalah drama bersiri terbaharu merupakan    kisah benar dalam masyarakat Bugis yang berlatarkan tahun 1950an tentang seorang nelayan yang  meninggalkan isteri dan anaknya untuk belayar sebagai kelasi kapal bagi mengubah nasib dirinya.  Kisah bermula dengan Waliq, nelayan miskin yang berjaya merebut cinta Maddani dan memperisterikannya. Kehadiran Mosek kelasi kapal pulang ke kampung dan mengajak Waliq serta Paimin belayar bersamanya. Paimin menolak ajakan itu kerana ibunya tidak mengizinkannya sementar...

SINOPSIS TELEMOVIE: HUJAN MANIK DI TV1

Image
Tidak perlu diperkenalkan lagi dua nama besar dalam bidang lakonan, Fauziah Nawi dan Rominah Sidek. Lakonan mantap dua figura ini sememangnya dekat di hati penonton. Terbaharu kedua-duanya muncul sebagai pasangan adik-beradik dalam telemovie arahan Hisyamudian Ahmad bertajuk “Hujan Manik” yang diterbitkan Unit Drama TV RTM. Disiarkan menjelang sambutan tahun baharu 2019 iaitu pada 31 Disember ini, pukul 9.00 malam di TV1, ikuti plot cerita watak Kalsom, lakonan Fauziah Nawi dan Samiah, Rominah Sidek yang terpisah sejak kecil berikutan serangan komunis semasa era darurat tetapi akhirnya mereka bertemu semula. SINOPSIS HUJAN MANIK Telemovie Hujan Manik mengangkat kisah lara seseorang yang terpisah daripada keluarga dan orang tersayang dalam tempoh bertahun lamanya hingga tidak tahu mahu mencari di mana. Turut diselitkan emosi seorang kanak-kanak yang sedang meningkat usia dan masih di alam persekolahan yang merasakan dirinya diabaikan oleh ayahnya sendiri. Pada masa sama j...

Prinsip Jati Diri dalam Telemovie Lalang

Image
Mengangkat pegangan prinsip sesekali kita perlu menjadi lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu, jangan jadi seperti ubi kayu yang tidak mampu hidup dalam kebun dipenuhi lalang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan menyiarkan telemovie bertajuk “Lalang”. Karya arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM dan skrip oleh Mazlan Manan ini menemui penonton pada 8 September ini, pukul 9.00 malam di TV1. Mengangkat latar period drama berlaku sekitar tahun 1942, era penaklukan Jepun di Tanah Melayu, drama berdurasi 90 minit ini mengangkat tema pengorbanan dan patriotik dalam perjuangan bangsa untuk menuntut kemerdekaan negara. Menjalani penggambaran 16 hari di Kelantan, ikuti perjalanan kisah watak utama Embong (Syazwan Zulkifli) dan Ah Heng (Lenny Ooi) cuba mengelak diri mereka dari dipergunakan. Mereka tidak sanggup menjadi lalang yang terpaksa mengikut arah. Antara babak Lalang lakonan Syazwan Zulkifli Namun ugutan daripada...

SINOPSIS DRAMA ISTERI UNTUK DIIKTIRAF

Image
"Isteri untuk Diiktiraf" , drama yang berjaya mendapat tempat di hati peminat dan semakin disebut-sebut ini, menampilkan gandingan mantap pelakon Redza Rosli dan Elvina Mohamad. Drama bersiri “Isteri Untuk Diiktiraf”  adalah drama adaptasi novel karya Nurfaza Alisya ini disiarkan  setiap hari, sejak 16 Mei lalu, pukul 7.00 petang mengisi slot Widuri Khas Ramadan di TV1. Siaran ulangan  drama ini disiarkan pada pukul 5 pagi. Perkahwinan bukan atas dasar cinta tapi atas kehendak keluarga memerlukan pengorbanan untuk berjaya.  Drama ini  mengisahkan Safiyya menjadi yatim piatu apabila ibu-bapanya terlibat dengan kemalangan jala raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Masa berlalu Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan gigih mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawannya Yati, Safiyya mendapat beberapa pekerjaan. Tetapi tidak bertahan kerana sering berhenti kerana gangguan di tempat kerja. Kali terakhir Safiyya bekerja d...

SINOPSIS TELEMOVIE: AWE KENO NIKOH

Image
Adakah kisah Awe dan Mek Tie bakal menggeletek penonton di pagi Ahad? Saksikan keletah Uqasha Senrose dan Zahiril Adzim bercakap dialek Kelantan dalam telemovie “Awe Keno Nikoh” bersiaran pada 18 Mac 2018, pukul 10.05 pagi menerusi slot Panggung Ahad di TV1 SINOPSIS "AWE KENO NIKOH" Menonjolkan watak Ridhwan atau dikenali dengan nama timangan Awe, berketurunan Kelantan tetapi dibesarkan dan bertugas di Kuala Lumpur. Awe mempunyai seorang kekasih bermata duitan. Dia membuat keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya setelah sedar ianya satu kesilapan. Keputusannya itu solah-olah mendatangkan rezeki kepada dirinya. Selepas pulang ke pejabat, Awe menerima pujian atas kecemerlangannya. Dia dinaikkan pangkat dan diarah untuk menguruskan syraikat di Kelantan. Dalam pada itu, Awe mengenali Mek Tie, seorang peniaga online yang dirasakan kasar dan menjual barangan tidak berkualiti. Mek Tie diminati oleh Osman K-Pop, seorang penyanyi dikir barat yang melarang Awe dar...

Sinopsis Dia Anak Jeneral

Image
Drama bersiri terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Dia Anak Jeneral” mulai 24 Januari 2018 ini , setiap Rabu dan Khamis, pukul 8.30 malam menerusi saluran TV2 sebanyak 26 episod. Mengisahkan seorang gadis dalam keluarga di mana ayahnya selalu memberi arahan seperti dalam pasukan tentera. Beliau mula merasa tertekan apabila ayahnya bercadang untuk menjodohkannya dengan pilihan ayahnya. Beliau tidak bersetuju dan mula mencari alasan kukuh untuk membantah keputusan ayahnya. Pelbagai rintangan dilaluinya sehingga akhirnya beliau bertemu dengan seorang lelaki dan mula jatuh cinta. Menampilkan lakonan mantap Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, dan Fatimah Azzahra, siri adaptasi novel tulisan Hezzy Azra ini mengisahkan Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mempunyai 3 orang anak perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin. Shima dan Shida sudah berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, me...

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE