Posts

Showing posts with the label TV Okey

SINOPSIS TELEMOVIE MENCARI MARDHATILLAH

Image
SINOPSIS  TElEMOVIE MENCARI MARDHATILLAH “Mencari Mardhatillah”  mengisahkan kecekalan dan ketabahan hati seorang janda bersama anaknya yang melarikan diri dari buruan bekas suamnya yang jahat untuk membina hidup baru. Segalanya membuatkan dirinya kembali kepada jalan Allah. Salina bersama anaknya Rafael pulang ke rumah ibu bapa setelah kematian kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Salina merancang untuk menjual harta yang diwarisi dari orang tuanya dan berhijrah ke Australia untuk melarikan diri dari bekas suaminya Malek. Malek seorang suami yang jahat dan memperalatkan Salina bagi mendapatkan wang untuk kepentingan dirinya. Disebabkan tidak mahu diburu oleh Malek, Salina membawa Rafael pulang ke rumah peninggalan datuknya di kampung. Datuk Salina, Tuan Haji Ghazali, telah mewakafkan sebahagian besar tanah miliknya untuk madrasah dan asrama anak-anak yatim. Pak Ali dan Mak Jah serta anaknya Aidil, telah diamanahkan oleh Tuan Haji Ghazali untuk ...

Bicarawara Hiburan “HOTSPOT” di RTM

Image
Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program terbaharu “HOTSPOT” , bicarawara santai yang mengetengahkan isu semasa dunia hiburan tempatan dan antarabangsa di samping perkembangan terkini personaliti dan artis jemputan pada setiap minggu. Bermula pada 7 Oktober lalu, program terbitan Unit Hiburan TV RTM bersiaran secara langsung dari Studio N1, Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menemui penonton setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV Okey (Astro 109). Siaran ulangannya pula dapat diikuti mulai 20 Oktober ini, setiap Sabtu, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2. Menampilkan Fikry Ibrahim sebagai hos, 13 episod program ini akan mengupas pelbagai topik berkenaan dunia seni dan hiburan yang pastinya menarik untuk dikongsikan dengan semua penonton RTM. Terdahulu menerusi episod pengenalannya, program disiarkan setengah jam ini berkongsi dengan penonton tajuk “Lirik Rojak” yang mengundang tiga panel jemputan yang tidak asing lagi dengan bidang penulisan lir...

Chef Zam Bersama Selebriti Popular Kongsi Menu Lazat Dalam DAPUR CHEF ZAM di TV Okey (Astro 109)

Image
Dalam menjalani kehidupan artis yang sentiasa padat dengan jadual persembahan pentas mahu pun sibuk di lokasi penggambaran, beberapa orang artis popular sempat meluangkan masa bersama chef selebriti Chef Zam berkongsi menu menyelerakan. Menerus program terbaharu bertajuk “Dapur Chef Zam”, saksikan percubaan artis popular menyediakan menu lazat masakan tradisional dan fusion . Antara selebriti undangan termasuklah Neelofa, Izzue Islam, Saharul Ridzwan, Mark Adam, Amber Chia, Zara Zya, Umie Aida, Adibah Nor, Zulin Aziz dan ramai lagi. 13 episod program “Dapur Chef Zam” bersiaran mulai 22 Julai ini, setiap Ahad, pukul 9.30 pagi di TV Okey (Astro 109), merupakan sebuah rancangan masakan bersiri yang mengisahkan hos rancangan Chef Zam bersama artis dan selebriti jemputan memasak menu-menu yang lazat. Selain dari memasak, Chef Zam juga memberi tambah nilai informasi dengan memberi tip-tip masakan yang berguna kepada penonton serta banyak rahsia serta teknik masakan juga d...

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE