Posts

Showing posts with the label TV1

SINOPSIS TELEMOVIE: HUJAN MANIK DI TV1

Image
Tidak perlu diperkenalkan lagi dua nama besar dalam bidang lakonan, Fauziah Nawi dan Rominah Sidek. Lakonan mantap dua figura ini sememangnya dekat di hati penonton. Terbaharu kedua-duanya muncul sebagai pasangan adik-beradik dalam telemovie arahan Hisyamudian Ahmad bertajuk “Hujan Manik” yang diterbitkan Unit Drama TV RTM. Disiarkan menjelang sambutan tahun baharu 2019 iaitu pada 31 Disember ini, pukul 9.00 malam di TV1, ikuti plot cerita watak Kalsom, lakonan Fauziah Nawi dan Samiah, Rominah Sidek yang terpisah sejak kecil berikutan serangan komunis semasa era darurat tetapi akhirnya mereka bertemu semula. SINOPSIS HUJAN MANIK Telemovie Hujan Manik mengangkat kisah lara seseorang yang terpisah daripada keluarga dan orang tersayang dalam tempoh bertahun lamanya hingga tidak tahu mahu mencari di mana. Turut diselitkan emosi seorang kanak-kanak yang sedang meningkat usia dan masih di alam persekolahan yang merasakan dirinya diabaikan oleh ayahnya sendiri. Pada masa sama j...

"Gitar dalam Beg" di TV1 : Kembara Solo Komposer Jejak Muzik di Asia Tenggara

Image
Travelog kembara solo seorang komposer ke 13 buah bandar di Asia Tenggara menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sudah  bersiaran sejak 18 November 2018 lalu, setiap Ahad, pukul 1.30 petang di TV1. Menampilkan Syafi’i daripada Kumpulan Ramayan sebagai hos rancangan, 13 program  diberi nama “Gitar Dalam Beg” ini menonjolkan perkongsian cukup indah tentang kejayaan individu yang berjaya mengangkat artis popular seperti Sheila On 7 dan Rossa juga faktor-faktor yang membantu kejayaan seseorang artis dalam industri muzik. Menariknya kembara Syafi’i singgah di bandar-bandar di Asia Tenggara termasuklah Indonesia, Thailand, dan Cambodia menonton persembahan muzik dengan elemen tradisional negara yang dikunjungi serta persembahan yang terkenal dengan penggunaan pelbagai jenis alat muzik. Destinasi pertama dikunjungi ialah Jakarta, Indonesia bertemu dengan Faqeeh, seorang jurutera bunyi dalam industri muzik menuju ke Gudang Sarinah, (tempat pembelaja...

Faizal Tahir Hos Travelog JELAJAH HATI di TV1

Image
Penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir bakal muncul sebagai hos sebuah program travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menggunakan tajuk “Jelajah Hati”, program 13 episod yang menemui penonton mulai 21 Julai ini, setiap Sabtu, pukul 12.30 tengah hari di TV1 ini menonjolkan ikatan silaturahim antara Malaysia dan Indonesia yang sememangnya sangat kuat.     Memaparkan kisah perjalanan Faizal Tahir dalam misinya cuba menjejaki dan berkongsi pengalaman mengenai makam-makam tersohor dan masjid-masjid bersejarah di Pulau Jawa. Beliau sempat juga melawat rumah kebajikan dan sebelum berangkat pulang ke Malaysia, beliau sempat bersama menimba pengalaman dengan satu kumpulan pemuzik jalanan di Jakarta. Sama-sama ikuti pengembaraan Faizal Tahir bermula dari Surabaya ke Situbondo. Di situ terletaknya Pesantren Salafiyah Syafi'iyah Sukorejo. Antara keunikannya pensantren tersebut menerapkan pelajaran muzik kepada pelajarnya sebagai salah satu kaeda...

SINOPSIS DRAMA ISTERI UNTUK DIIKTIRAF

Image
"Isteri untuk Diiktiraf" , drama yang berjaya mendapat tempat di hati peminat dan semakin disebut-sebut ini, menampilkan gandingan mantap pelakon Redza Rosli dan Elvina Mohamad. Drama bersiri “Isteri Untuk Diiktiraf”  adalah drama adaptasi novel karya Nurfaza Alisya ini disiarkan  setiap hari, sejak 16 Mei lalu, pukul 7.00 petang mengisi slot Widuri Khas Ramadan di TV1. Siaran ulangan  drama ini disiarkan pada pukul 5 pagi. Perkahwinan bukan atas dasar cinta tapi atas kehendak keluarga memerlukan pengorbanan untuk berjaya.  Drama ini  mengisahkan Safiyya menjadi yatim piatu apabila ibu-bapanya terlibat dengan kemalangan jala raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Masa berlalu Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan gigih mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawannya Yati, Safiyya mendapat beberapa pekerjaan. Tetapi tidak bertahan kerana sering berhenti kerana gangguan di tempat kerja. Kali terakhir Safiyya bekerja d...

Dokumentari "The Road to Russia" di TV1

Image
Bahang kehangatan Piala Dunia 2018 semakin dirasai. Bagi kaki-kaki bola pastinya tidak sabar untuk menyaksikan aksi pasukan kegemaran mereka merebut kejohanan yang diadakan lima tahun sekali ini. Rusia merupakan tuan rumah untuk Kejohanan Piala Dunia 2018 ini dan bakal membuka tirai bermula 14 Jun 2018. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah pun memulakan demam Piala Dunia dengan menyajikan sebuah dokumetari bertajuk “The Road To Russia” yang sedang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis , pukul 1.30 tengah hari di saluran TV1 . Siri dokumentari 20 episod ini memberi tumpuan kepada persediaan pasukan yang bertanding, cabaran kepada jurulatih dan pemain-pemain utama pasukan berkenaan serta persediaan tuan rumah dalam penganjuran acara yang gilang gemilang ini. Episod pengenalan memfokuskan kepada beberapa buah negara yang sering memberi saingan sengit dalam kejohanan ini. Memaparkan pemain tonggak pasukan Sepanyol (Sergio Ramos), Belgium (Romelo Lukaku), Nigeria ...

Dokumentari Khas Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa “Kalam Di Hati” di TV1

Image
Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTQA), Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan sebuah dokumentari khas bertajuk “Kalam Di Hati” pada 6 Mei ini, pukul 6.00 petang. Dokumentari khas terbitan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ini akan mengupas tentang sejarah ringkas penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang julung kalinya dianjurkan di Malaysia serta negara-negara pertama yang menghantar peserta untuk mewakili negara masing-masing. Turut merungkai peranan JAKIM dalam penganjuran MTQA yang menyokong usaha kerajaan untuk mendaulatkan ilmu Al-Quran kepada seluruh umat di persada dunia. Natijah daripada penganjuran MTQA di Malaysia telah melahirkan ramai qari dan qariah yang berjuang untuk memartabatkan ilmu seni Al-Quran bukan sahaja untuk diri sendiri malah kepada masyarakat Islam di Malaysia. Menariknya dokumentari khas ini memaparkan latar belakang seorang qari yang menjuarai pertandingan MTQA pada tahun 2011 serta aktiviti...

Syahadah Musim Ke 12 Tajaan EZ Group dan Asianic Bakal Menemui Penonton Sepanjang Ramadhan

Image
Program tonggak RTM iaitu Syahadah musim ke-12 akan menemui penonton  setiap hari bermula 26 Mei 2017 sebanyak 30 episod.Tema adalah "Raikan Nur Islam". Untuk pengetahuan semua,Syahadah diterbitkan oleh Unit Majalah dan Dokumentari(UMD) RTM.Dua kumpulan penerbitan ditubuhkan bagi menjayakan program Syahadah.Produksi di Maghribi diketuai oleh Rosli Mohd Nordin, dibantu oleh Ikram Abdul Latif (koordinataor), Muhammad Salem (jurukamera), Muhd Nuh Khairi Mohd Roslan (jurukamera), Mohd Badlyshah Amiruddin (editor) dan Mohammad Nur Ridzuan Abdullah (jurugambar).Penerbitan di Malaysia diketuai oleh Mohd Ridzuan Mohd Anuar dan dibantu oleh Saliza Ibrahim,Amrina Ahmad, Mohd Nazree Mohamed, Mohamad Haikal Hamzah dan Hanif Nordin serta Hafizah Rosli. Rancangan ini ditaja oleh EZ Group dan EZ Qurban. 5 PERKARA TENTANG SYAHADAH MUSIM KE 12 PAPAR KEISTIMEWAAN ISLAM DI MAGHRIBI Penonton Syahadah akan meyaksikan keindahan Islam di Negara Maghribi (Morocco) dan asimilasi ...

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE