Mata seorang satria muda
Peristiwa ini dah lama terjadi kira-kira 2 tahun lepas kepada seorang insan yang sangat aku kasihi.Insan yang sentiasa muncul di benak fikiranku setiap kali aku memandu kereta atau pun apa jua yang aku lakukan. Tatkala aku sedang enak menikmati nasi minyak kenduri sahabat di Klang hati berdebar-debar entah kenape.Debaran aku akhirnya terjawab bila aku dapat sms mengkhabarkan insan yang sangat aku kasihi itu kritikal di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.Beliau kemalangan ketika menaiki kereta yang dipandu oleh rakan beliau ketika dalam perjalanan menghadiri kursus ketenteraan di Kedah. Perjalanan daripada KL ke Alor Setar memakan masa 4 jam.Sebaik sampai di hospital, beliau masih lagi dalam bilik pembedahan.Cuma kelihatan jurulatih iaitu orang yang bertanggungjawab membawa beliau ke hospital sedang nyenyak tidur kepenatan sementara menunggu ahli keluarga terdekat sampai. Apa yang tertera dalam benak,jantung , hati dan segala organ-organ badan aku ni tak p...