Posts

Rahsia Cinta

Bait-bait puisi tercipta mengungkap keindahan cinta Cinta yang boleh dirasa Dan rasa itu tersimpan Di satu sudut yang paling dalam Tanpa sesiapa pun dapat meneka Di ruang mana terletaknya rasa itu Menyentuh sekeping hati tanpa siapa dapat mengetahui bagaimanakah  bentuk dan rupa hati itu Cinta juga ibarat kaca Seandainya kaca itu terjatuh Berantakan pecah berkecai semuanya Dan serpihan-serpihannya bisa mengguris menjadi luka Demi sesungguhnya Cinta itu milik Tuhan Mencintai Tuhan melebihi segalanya Menjadi penamat pencarian cinta Mengungkap  segala makna dan rahsia  Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Tiada lagi badai

Kau hadir tawarkan cinta Menabur harapan setinggi  langit Menghampar kasih seluas lautan Membuai dengan hembusan bayumu Dan aku terus hanyut Aku lemas di lautan gelora Dihempas ombak badai Lalu terdampar  di persisiran duka Nafasku seakan lelah Dan nadiku seolah-olah  mahu berhenti  berdenyut Bila kelopak mata yang terpejam Ku buka seluas-seluasnya Masih ada lagi cinta yang lebih tulus Sedang tersenyum di depan mata Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda 

Bintang di langit yang sama

Masih ku ingat waktu itu Saat daku bersendirian di situ Di tangga yang paling bawah itu Dengan penuh buntu Tak punya sesuatu Tiada sesiapa disisiku Angin bayu berbisik padaku Bintang takkan jatuh keribaanku Takkan dapat ku gapai dengan semudah itu Bintang yang satu itu Jika aku terus termangu Bila bulan berlalu pergi Dan matahari pun masih mahu bersembunyi Aku masih tetap di sini Di tangga yang paling bawah ini  Aku tidak mahu terus begini Lalu ku kerah segala keringatku Ku beli sepatu hitam itu Sepatu hitam menemaniku Mendaki anak tangga satu demi satu Tanpa menoleh waktu gelapku Akhirnya  dapat kugapai impianku bintang sudah berada  sangat dekat denganku Bintang yang satu itu Di langit yang sama denganmu Hasil Nukilan : Dalin LienDa Winda

Lirik Rembulan Kesiangan Razzi Rahman

Image
Rembulan kesiangan  pudar tak bercahaya Terlindung oleh awan  tak siapa memuja Apakah lumrah manusia Bila terang ramailah yang datang Dan bila gelap gelita Hilang kasih hilanglah saudara Yang aku sendiri  dirundung ilusi Tak siapa peduli entah hidup atau mati Namun musim bertukar ganti Turun hujan kemarau pun pergi Yang layu kan tumbuh kembali Bulan terang datang memuji Hatimu itu terbukti Kau pergi kau kembali Kau keji setelah kau puji Kasih Sayang bisa sahaja tukar ganti Apalah erti cinta kalau kasih berpura Ohhh.. apalah erti sayang kalau harta yang terbayang.. Ini bukan andaian tetapi kenyataan Dapatkah dihapuskan Lumrahnya kehidupan... psssstttt...gadis yang muncung-muncung tu lien lah tu :) Terima kasih kepada abg razzi rahman sudi memilih lien sbg salah seorang model video klip ni.  

Minat

Image
Bila bercakap soal minat ni,rakan-rakan pasti mempunyai minat yang berbeza-bezakan.Photography misalnya.Dah jadi minat kegilaan ramai orang dah.Kalau Lien plak lien suka menulis.Contohnya menulis puisi ke,mutiara kata,cerpen tu adalah sikit-sikit.Dan rasanya minat menulis sejak sekolah rendah lagi.Subjek Bahasa Malaysia memang subjek kegemaran lien lah.Pssst…Cikgu BM sekolah rendah lien kacak tau..nama dia Cikgu Azuaha.semangat lebih lah bila kelas BM. Lien bukanlah pelajar kelas aliran sastera.So bahasa yang lien gunakan dalam penulisan takdelah sehebat macam pelajar aliran sastera.Masa zaman sekolah dulu lien memang suka menyertai pertandingan menulis esei,cerpen,sajak  dsb.Lien masih ingat lagi cerpen lien yang pernah tersiar dalam akhbar bertajuk “Avasi Ginavo’ sempena Sayembara cerpen perpaduan. Serius cakap,lien boleh hilang stress kalau lien berjaya hasilkan mutiara kata ke,puisi, sajak dan sebagainya.Ilham penulisan terhasil daripada apa yang berlaku kepada oran...

Tangisan cinta

Entah kenapa Berkali-kali aku di dusta Oleh pengkhianat cinta Tatkala daku mula percaya Pada hadirnya sebuah cinta Air mata bukan lagi pengubat lara Kepiluan bertakhta Duka bermaharajalela Kebahagiaan yang didamba Tak juga kunjung tiba Daku tak rela Tragedi  tangisan cinta Berulang semula Biarlah begini sahaja Hatiku yang sekeping cuma Tak menjadi milik sesiapa Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE