Posts

Malam Puisi Riong 2013

Image
Assalamualaikum.. Lien nak share gambar sekitar malam puisi riong 2013 yang lien hadiri pada 22 February 2013 yg lepas bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam. Tajuk puisi : Bulat Tajuk puisi : Teruskan Bicara Tajuk puisi : Kendala Yang Panjang Tajuk puisi: Pesanan Terakhir Leftenan Adnan Tajuk puisi: Hijab Yang Terhijab Persembahan puisi pentas yang buat lien dan penonton ketawa pecah perut.Memang terhibur

Tangisanku Yang Pertama

Image
Bonda berjuang melahirkanku Dengan satu harapan Agar aku dapat melihat dunia Maka di saat itulah kedengaran  tangisanku yang pertama Reda dan restu dari bonda Sentiasa menyinari kehidupanku Doanya menembusi dada langit Bonda tak pernah lelah  mendoakan kesejahteraanku membesarkan aku dengan keringatmu Tidak terbalas dengan apa pun Ingin aku selalu memeluk dan menciummu Agar setiap dosaku  Gugur satu persatu Terima kasih bonda Sungguh aku ingin menjadi anak solehah Ku panjatkan doa Semoga Tuhan sentiasa mengasihimu Di dunia dan akhirat Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Malam Puisi Riong Berita Harian 2013

Image
Jom jom!Poster keratan akhbar ni terdapat dalam Berita Harian 14 Feb 2013.

Bicara Hati

Engkau berbicara dengan mata Aku berbicara dengan hati Engkau berbicara dengan bibirmu Aku berbicara dengan hati Engkau berbicara dengan bahasa tubuhmu Aku berbicara dengan hati Mungkin Takkan pernah engkau fahami dan mengerti Kerana aku berbicara dengan hati Cukup bagiku engkau mendengar Suara hatiku yang bisu Bila nanti aku tidak mampu lagi berbicara dengan hati Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda 

Mutiara kata 2 - Buatlah hati kita tersenyum juga

Kita boleh bersedih.Tapi jangan sampai berhari-hari,berminggu-minggu, berbulan-bulan dan lebih parah lagi bertahun-bertahun.Bibir kita boleh berpura-pura tersenyum, tapi hati kita tak pandai menipu. Jadi buatlah hati kita tersenyum juga. Tinta Dalin LienDa Winda

Mewarnakan rambut dengan inai

Assalamualaikum... Pakai inai kat rambut..nampak la merah gelap sikit-sikit and shining..ok la tu kan..janji halal dan tak menghalang air dari sampai ke rambut..mandi wajib sah...hehehhe Kalau korang nak try jugak,boleh ikut cara-cara Dalin LienDa Winda mewarnakan rambut dengan inai seperti tertera di bawah:  Sapukan inai pada keseluruhan rambut di kepala Bungkus kepala dengan shower cap.Biarkan selama 30 minit.   Kemudian, bilas dan cuci dengan syampu.Lepas tu apply conditioner biarkan seminit dan bilas lagi.  Spray kan hair tonic ke bahagian akar rambut  sebelum keringkan rambut. Akhir sekali, apply calmer essence apabila dah selesai keringkan rambut.  Selamat mencuba

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE