Posts

Senyuman Yang Hilang

Tika mentari terbit   pagi Hati ini tidak lagi segirang dahulu Kesepian bertakhta menjadi pengganti Waktu ketika dahulu bibir ini sentiasa tersenyum Bersama keletah manja yang bukan dibuat-buat Namun kini, Senyuman ini sudah lama pergi Senyuman ini sudah lama menghilang Berharap senyuman ini akan kembali Kembali menyeri dan menghiasi hidup Tatkala mentari terbit lagi Diiringi harapan setinggi langit Berharap sinarnya mampu menyimbah kegelapan Dan semoga senyuman yang terukir Bukan hanya di hadapan lensa kamera Tapi juga lensa hati Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda 

Bakal Mummy dan Selamat Hari Ibu

Image
Assalamualaikum... Telah selamat diijabkabulkan pada 30.3.13 Terima Kasih Tuhan Gambar-gambar di atas tu mukadimah entry.hehehe.. Thanx to all yg wish..yang terkejut pun ada.Semuanya berlalu dengan cepat.Cepat sgt kan kan. Time frame keje lien sepanjang May ni memang bz dan memerlukan lien banyak bergerak sana sini.Alhamdulillah.Usia kandungan lien baru beberapa minggu dan mungkin tak cukup kuat lagi..Doakan semoga anugerah ini mampu bertahan dan membesar dengan sihat.Bakal menjalani kehidupan 9 bulan 9 hari. Walaupun lien belum bersedia tuk manjadi seorang ibu dan tak menjangka secepat ni,lien anggap ni adalah anugerah,rezeki   dan amanah.Lien patut rasa happy.Ramai yang menginginkannya bertahun-tahun pun tak dapat lagi.So lien bersyukur.Lien memang tak layak tuk jadi mummy beliau tapi lien akan cuba jadi mummy yang terbaik tuk beliau..cahaya mata lien.Semoga lien dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.Sayang sokmo. Sempena Hari Ibu pada 12 May 2013,Lie

Pesanan Hati

Seandainya mataku Sudah tidak mampu lagi bercerita Biarlah saja hatiku yang bercerita Kerana mataku Sudah lelah Berjaga sepanjang waktu Biar pun ku tak ingin Mataku terpejam walaupun seketika Kerana ku khuatir Saat mataku terbuka Rindu akan bertamu Jadi biarlah hatiku saja yang bercerita Semoga selalu begitu Hasil Nukilan: Dalin LienDa Winda

Minggu Setiausaha 2013

Image
Assalamualaikum.. Untuk pengetahuan semua, bulan April merupakan bulan istimewa buat para setiausaha yang merupakan antara tulang belakang kepada sesebuah syarikat atau institusi. Para setiausaha akan diraikan dalam satu majlis yang dinamakan Minggu Setiausaha. Minggu setiausaha ini merupakan acara tahunan. Sebagai seorang yang bergelar setiausaha,lien pun turut sama terlibat diraikan dalam satu majlis makan tengah hari tertutup bersama para setiausaha di Zuan Yuan One World Hotel pada 23 April 2013. Posing dulu ea..sementara menunggu ketibaan setiausaha-setiausaha lain Dah lama tak makan gui ling gau.Tak sangka dapat makan gui ling gao kat sini. TERIMA KASIH.  KEPADA SEMUA YANG BERGELAR SETIAUSAHA SELAMAT MAJU JAYA.

Wanita Patut Elak Jadi Sumber Fitnah

Image
Jabir bin Abdullah melaporkan, Rasulullah melihat seorang wanita, lalu Baginda mendatangi isterinya Zainab yang sedang menggosok kulit yang hendak disamak. Lalu Baginda memenuhi hajatnya. Setelah itu, Baginda menemui sahabatnya dan bersabda “Sesungguhnya wanita boleh menjadi perangkap syaitan. Oleh itu, sekiranya seseorang di antara kamu melihat wanita, segeralah mendatangi isterinya.Sesungguhnya perkara itu dapat menurunkan hawa nafsunya”. ( Direkodkan oleh Muslim Abu Dawud, At Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban) Sumber: Buku 100 Wasiat Nabi Untuk Wanita Dipetik dari Berita Harian 19 April 2013, Jumaat Muka Surat 47 (Agama)

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE