Assalamualaikum.. Hai korang.Entry kali ni lien nak share resepi yang dinamakan ungkep ayam.Resepi ni boleh dikatakan agak senang lah jugak untuk dimasak.Ni antara resepi yang boleh dikatakan agak kerap lien masak kat rumah dan hubby lien pun suka. Bahan-bahan: 5 ketul Ayam 2 sudu besar Serbuk kunyit 1 batang serai (diketuk) Garam secukup rasa Gula secukup rasa 1 Kiub pati ayam 1 batang Kulit kayu manis 1 kuntum Bunga lawang Minyak untuk menumis Air secukupnya Bahan kisar: 1 ulas Bawang Merah (yang paling besar) 2 ulas Bawang Putih 1 inci Kunyit hidup 1 inci Halia 2 sudu besar Serbuk ketumbar 1 sudu kecil Jintan Manis 5 biji Cili padi (kalau nak pedas lagi korang boleh tambah) Cara-caranya: Mula-mula korang bersihkan ayam dulu .Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam lepas tu biarkan seketika.Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis,bunga lawang dan bahan kisar.Kacau da...