Posts

Menara Condong

Image
Assalamualaikum Selamat berpuasa yer. Okay hari ni lien nak share gambar yang boleh dikatakan agak lama juga lah diperam..hihi.Dah masak ranum agaknya.kih kih kih. Bulan May yang lepas lien menghadiri wedding dinner member lien yang berbangsa india di Teluk Intan Perak manakala hubby lien pula mewakili MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES sebagai official photographer untuk majlis beliau.  Perjalanan kami dari Selangor ke sana lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Teluk Intan. Kami tiba tersangat lah awal di Teluk Intan sebelum majlis bermula.Bila tiba ja kat sana, kami survey dulu lokasi majlis tu.Yayy, jarak antara lokasi majlis dan menara condong tak jauh pun.Jadi lien tak lepaskan peluang ni bergambar kenangan di menara condong sebelum bermulanya majlis wedding dinner tu. Ni nak mengaku ni, pertama kali tau lien jejak kaki kat Teluk Intan ni. hehhe. I nfo ringkas tentang menara condong  (sumber dari wikipedia) :  menara jam yang menjadi...

KG Gurl Maxi Skirt by MEk Jangok Enterprise

Image
Assalamualaikum.. Kali ni lien nak ajak korang sume berjangok dengan KG Gurl Maxi Skirt. Berinspirasikan gaya kesopanan kampung girl yang hanya memakai batik sarung dan pelikat hanya bila berada di rumah ketika masak kat dapur, kemas rumah, dan ketika berpantang 44 hari saja. Kembar lien mengetengahkan idea ni supaya tak kira kampung gurl atau bandar gurl boleh bergaya dengan batik sarung dan pelikat ni.Senang digayakan,hanya sarung saja. Boleh bergaya dengan KG gurl Maxi skirt di mana sahaja. RM50 Only!! Limited Time!! (Original Price RM55) P/S: bagi yang order melalui website boleh whatsapp 019-2059627 untuk dapatkan code harga tawaran di atas Like Page:  MEK Jangok Enterprise Website :  www,mekjangok.com Follow IG:  mekjangok.enterprise Terima kasih sudi baca entry ni tau

2Morrow Fashion Blast Fiesta 2015

Image
Assalamualaikum.. Lien baru nak update pasal fashion show yang sempat lien singgah iaitu  2Morrow Fashion  Blast Fiesta 2015. Acara ni berlangsung selama 2 hari iaitu pada 9 dan 10 May 2015 di roof top Avenue K. Nah pics yang sempat dirakam untuk lien share dengan korang semua. Pengacara pada hari tersebut yang bernama Dayah Bakar (follower setia rancangan 3R mesti kenal dengan beliau..kan kan kan) Memperkenalkan Raja Farah in the house. Uit..sape yang tak kenal dengan beliau kan. Kelihatan sangat manis dengan hijab dan abaya yang beliau gayakan ni. Teruja sebenarnya dapat bertentang mata dengan beliau. Seorang artis yang sangat pemurah dengan senyuman. Suka sangat melihat lakonan beliau dalam filem "Aku Masih Dara". Raja Farah Ni sape plak ni..kui kui kui. Bersama dengan teman setia saya ni. Amsyar pun tengok fashion show jugak. Siap tepuk tangan lagi. Tak sempat nak candid amsyar. "Hai..saya amsyar. Saya pun nak ca...

Diari Amsyar : Dah boleh berdiri dan bertatih

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Amsyar dah boleh berdiri dan sudah boleh bertatih dua tiga langkah.Syukur Alhamdulillah. Dari saat mengandung dan melahirkan amsyar sehinggalah amsyar sudah boleh berdiri saat ini, rasa seperti melihat keajaiban ciptaan Tuhan setiap hari.  Aksi amsyar yang sempat dirakamkan ketika lien dan hubby berada di acara 2morrow muslimah fashion show minggu lepas.Nanti lien update gambar-gambar acara fashion show yang sempat kami rakamkan tu plak yer. Terima kasih sudi baca entry ni.Tata.

Darab Bahagi

Image
Assalamualaikum.. Tadi hujan lebat.Mood menulis pun datang tiba-tiba.dan hanya dalam masa 10 minit saja dah tercipta puisi ni.Nah untuk tatapan uols..tulisan ambo  Darab Bahagi (Nukilan: Dalin LienDa Winda) Semalam telah pun berlalu Hari ini adalah nyata Untuk kau bersemuka dengan hidupmu Jangan pernah kau tunduk Pada sifatmu yang lemah Kuatlah kuatlah Demi hidupmu yang baru Hari ini adalah hari ini Untuk kau rasa gembira Jangan pernah rasa sesal Dengan kegagalan lalumu Kerana itu adalah pengajaran Paling bermakna untuk kau tempuh Darablah kekuatanmu Darablah semangatmu Biar jadi berganda-ganda Dan kau mampu untuk berbahagi Bahagialah kamu Terima kasih tau sudi jenguk belog ni.

Ateeya Kolagen

Image
Kepentingan Kolagen Apabila usia semakin meningkat bermula seawal usia 25 tahun proses pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku . sebab tu la bila uols dah cecah usia 26 tahun tu kan uols akan mula rasa kulit dah kurang keanjalan, kedut bawah mata memang ketara sangat, mula tumbuh opocot jeragat kat muka, kulit pun nampak  kusam dan tak bermaya dan oh nooo nampak tua sob sob. Faktor alam sekitar seperti debu dan kotoran, terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari, penggunaan kosmetik yang terlalu tinggi bahan kimia,dan  tekanan di tempat kerja juga menyebabkan kelesuan pada kulit sangat ketara. Bagi wanita yang ada pengalaman melahirkan anak, uols mesti ada mengalami  masalah kulit dan keguguran rambut  kan.Kalau kita tak berusaha merawat dari awal nanti akan jadi bertambah kronik. Mek Jangok yakin ramai dah gugurl zaman lo ni sedar kepentingan kolagen ni.Sebab tu lah, suri rumah mahupun yang berkerjaya rata-rata memilih untuk mengamalkan...

Bila hatiku tersakiti

Image
Bila Hatiku Tersakiti (Nukilan: Dalin LienDa Winda) Sukarnya aku memaafkan dia Senangnya bibirku melafaz kata Tiada maaf bagimu Sedangkan aku tahu Amarahku sedang dijentik bertalu-talu Betapa goyahnya  imanku Duhai hatiku Belajarlah menulis kesalahan dia satu persatu Di atas pasir putih Agar angin maaf datang berhembus Dan menghapus tulisan itu Dan belajarlah menulis setiap kebaikannya Di atas batu Biar tetap utuh dalam sanubariku Semoga bayang-bayang bahagia Sentiasa mengekoriku photo by Memorable Photography Services

Mengendong Kasih

Image
Mengendong Kasih (Nukilan: Dalin LienDa Winda) Ku kendong kasih membuai lenamu Ku dakapmu dengan sayangku Dengarkanmu setiap degup jantungku Walau jaga dan lelapku tak menentu Walau tidurku hanya bertongkat dagu Biarlah begitu Asalkan kau merasa nyaman selalu Bila jagamu kau tahu erti cinta dan rindu Ku ajarkanmu bertatih Ku tuntunmu tanpa  sekelumit letih Bila esokmu  tahulah  erti kasih Setiap butir kata dari bibir manismu Sentiasa ku tunggu Menanti saat tiba kau memanggil namaku Ukirlah senyummu setiap waktu duhai jiwaku Ku mengendong kasih Demi cintaku pada mu Demi sayangku padamu Oh Putera hatiku

Drama : Istikharah Cinta

Image
Drama Istikharah Cinta telah pun melabuhkan tirai semalam 6 February 2015. Tayangan eksklusif bersama peminat drama tersebut di Rasta TTDI. Saya tak melepaskan peluang ni hadir meluangkan masa menonton dua episod akhir. Memang meriah sangat suasana di rasta semalam.Amsyar siap tepuk tangan lagi.Menonton sambil menikmati hidangan nasi kerabu dan juice carrot. Lepas selesai episod 27 kami order lagi roti nan dan ayam tandoori.Sambil makan sambil layan drama.Chill lah. Antara artis yang turut hadir semalam Zul Ariffin, Faye Kusairi, Nonny Nadirah, Falisha Crossley, Syazwan Zulkifli, Lia Natalia, Nizen Ayob, Eyka Farhana, Harris Alif etc. Ending drama ni happy ending. Yaaayyyy. Best.Okay jom tengok gambar yang sempat dirakamkan malam tadi. Lia Natalia dan Azizul Ammar   Nizen Ayob dan Faye Kusairi Eyka Farhana, Azizul Ammar, Harris Alif, Nizen Ayob, Lia Natalia, Faye Kusairi Falisha Crossley Faye Kusairi Antara barisan pelakon yang h...

Eye to Eye

Image
Satu perkara yang saya belajar dari kecil iaitu pentingnya 'Eye to eye'. Ingat tak lirik lagu ni 'Dari Kerana Mata - R Azmi'?? Dari kerana mata yang mempunyai kuasa Oh,aku tergoda aku tergoda... Amboi..siap nyanyi-nyanyi lagi korang kan. hehe..Okay stop kejap.Pasni sambung nyanyi lagi.Okay mek jangok nak membebel kejap ni. Saya suka melihat seorang orang yang dewasa bila berbicara dengan kanak-kanak atau bayi, dia merendahkan diri atau mendukung iaitu dalam erti kata lain duduk sama tinggi dengan kanak-kanak dan memandang wajah dan juga anak mata. Sebagai orang dewasa yang pernah melalui zaman kanak-kanak kita tau macam mana perasaan tu kan.Sudah pastinya kita akan rasa sangat dekat dan rasa disayangi.Sebab kita rasa orang dewasa itu tidak sombong,penyayang dan penyabar. Percaya tak hati yang keras pun boleh menjadi lentur dengan 'Eye to Eye'. So kita boleh jadi seorang yang sangat dihormati oleh kanak-kanak kalau kita mengekalkan konsep ...

Diari Amsyar : Amsyar dah pandai cakap

Image
Amsyar dah pandai sebut 4 perkataan..’mummy’ and ‘daddy’ tu pun bunyi mcm ammi and edi.Memang teruja bila dia sebut pertama kali dulu sebab memang dah lama tunggu saat tu.Aku pasti korang yang baru bergelar ibu dan bapa pun pasti akan teruja sama macam aku kan kan kan.Cer bayang kan aku lompat-lompat excited sambil tepuk-tepuk tangan goyang-goyang.Amsyar pun gelak terkekek tengok aku punya excited. Perkataan ketiga tu 'allo' siap dengan gaya tangan dekat telinga macam comel ja aku rasa. Duk tengah taip  ni pun duk tersenyum sorang-sorang teringat gelagat dia tu.Kalo orang tak tau aku ni dah kawin conpem lar dorang igt aku tengah angau bercinta.Tersenyum sorang-sorang.kah kah kah.Perkataan keempat tu aku tak mau mention kat sini.malulah kite awak.Heeee..Dia nak susu dia sebut N_ _ _ _ G. Haish tak tau macam mana dia boleh sebut yang ni bila nak susu. Ayokkk…jeng jeng jeng. Doa aku sbg mummy kepada amsyar cahaya mata ku yang pertama yang sudah pun genap setahun...

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE