Posts

Mirai e

Image
Assalamualaikum.. Pagi tadi semasa memandu, kedengaran lagu mirai e berkumandang di hotfm. Serius dah lama lien tak dengar lagu ni. Dulu waktu belajar kat kolej, boleh dikatakan setiap hari lien pasang lagu ni. Masa tu,  baru sahaja nak belajar berjauhan dengan keluarga terutamanya ma lien.  Sampai dah boleh hafal lirik lagu ni. Sekarang dah  ingat-ingat lupa dah lirik tu. Kalau rasa mood belajar kelaut sikit, lien akan selalu bayangkan wajah ma. So tak adalah fokus belajar kita tu lari. Nak tau sebab apa tau??Waktu zaman belajar kat kolej tu lah baru nak belajar bercinta dan ada couple.Masa sekolah lien mana ada boyfren..hihii.So tak pandai sangat nak bercinta kan. So kalau niat asal tuk belajar tu kita lupa..abislah.Harapan mak ayah kita akan punah. Mujur dapat score jugak masa tu. Kena selalu motivasikan diri. Nah, lien share lirik lagu mirai e sekali dengan terjemahan.La la la la la... Mirai e Hora, asi moto wo mite goran Korega anata no ayumu...

Diari Amsyar: BTS Amsyar Photoshoot

Image
Assalamualaikum.. Amsyar dah setahun 9 bulan. Amsyar masih lagi menyusu badan.Biar macam mana payah pun, Lien akan berusaha menyusukan amsyar sehingga amsyar berusia 2 tahun. Banyak gelagat amsyar sangat mencuit hati lien dan hubby.Penyeri dalam hidup kami. Amsyar dah pandai berjalan, dah kenal dan pandai sebut huruf S,X,A,O... U dan W amsyar dah kenal tapi sebutan tu masih kedengaran comel lagi..hhiihi. Ni lagi satu hobi amsyar sekarang ni.Suka selfie dan suka snap gambar. Alahai..ikut perangai sape la ni..hiiihi.Mesti lah mummy ngan daddy dia. Sebab tu orang cakap kita kena behave bila depan anak-anak. Sebab dalam usia macam ni mereka cepat meniru dan cepat belajar apa yang kita lakukan. Kan kan kan...:))) Terima kasih sudi baca entry ni.

IClass Ebook Advanced

Image
Assalamualaikum.. Bila korang tengok gambar mukadimah lien ni, mesti korang tertanya-tanya kan kan?? "Hai lien, drive ni nak pergi mana?" Okay, lien nak korek ilmu dengan sifu ni.Sape la sifu tu kan?? Taraa..nila sifu yang lien maksudkan tu.Brother Love a.k.a Razzi Rahman, penulis buku Kamus Cinta dan Nota Cinta dan 12 ebook cinta terlaris.Lien sendiri sudah membaca beberapa karya penulisan beliau. Sesungguhnya, gaya penulisan beliau sangat mengagumkan lien dan begitu dekat dengan pembaca. Kalau korang nak tahu, pada 3hb oct 2015, lien telah berjaya menghadiri iclass ebook advanced yang dikendalikan oleh beliau.Banyak sangat ilmu yang dikongsikan oleh Brother Love ni.Kelas yang sangat enjoy dan best. Sedang berfikir dengan serius ke sakit kepala ni???hihi Okay..dah ambil berkat dan menuntut ilmu dengan sifu nih. Lien dalam proses menghasilkan ebook ni tau. Jeng jeng jeng, ebook apa lah lien nak tulis ni kan. Jap jap sabar d...

Hello Mr. Perfect

Image
Assalamualaikum.. Drama Mencintaimu telah pun melabuhkan tirai. Lien bagi sepuluh bintang. Sebab drama yang best dan lakonan yang hebat dari pelakon-pelakon drama tersebut. Siri baru yang menggantikan drama Mencintaimu sudah pun menemui penonton semalam pada episod pertama.Drama siri baru yang diadaptasi dari novel berjudul 'Hello Mr. Perfect'.  Episod pertama semalam, hati si izzul tu dah tertutup buat wanita. Adakah pintu hatinya akan terbuka semula atau pun terus tertutup buat wanita???Ayah si Izzul ni terpaksa bagi syarat tak mahu adik langkah bendul supaya si Izzul tu kahwin cepat.Complicated jugak ni kan.Lien teruja untuk menonton episod yang seterusnya. Korang macam mana plak??? Judul : Hallo Mr. Perfect Episod : 28 Episod Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis. 6.58 petang bermula 30 September 2015 Slot Siaran : Slot Akasia TV3 Skrip : Mazelan Manan, Siti Hawa Ibrahim Novelis: Waniey Zakaria Pengarah : Nuad Hj. Othman Terbitan : A.Aida P...

Lebat Lentik Mascara

Image
Assalamualaikum.. Entry kali ni lien nak bagi idea kat korang tuk makeup mata yang galak. Lien memilih lebat lentik mascara keluaran v.asia tuk share dengan korang tuk dapatkan solekan mata yang galak walaupun tidak memakai bulu mata palsu. Harga lebat lentik mascara ni boleh dikatakan mampu milik.Hasil solekan kat bulu mata tu speechless... aummm aummm ja lah.Terbeliak semua mata yang memandang.Hihihii.Senang nak cuci plak tu. Kalau nak solat,boleh lap dengan wet tisu ja dah boleh terus ambil wuduk dah. Raya aidiladha dah nak dekat. Nak tampil lebih gojes pada hari raya tu boleh la solek mata uols dengan lebat lentik mascara ni.Lien sendiri dah cuba lebat lentik mascara ni. Besh sangat. Terima kasih sudi baca entry ni.

Photoshoot: Testing New Body and Lens

Image
Assalamualaikum.. Sesi photoshoot ni untuk test body dan lens camera baru daddy Talent / Makeup : Dalin LienDa Winda Photographer: Faeez Ezuan  @copyright by MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES Facebook:  MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES Terima kasih sudi baca entry ni

Memorable Photography Services: Indoor Photoshoot for Online Boutique

Image
Assalamualaikum.. Okay hari ni lien nak update promo yang best sangat tuk uols yang berhajat nak buat photoshoot tuk boutique online korang. Bila ada new arrival ja, mesti uols garu kepala kan. Nak kena update photo yang letup letup kat page korang kan. Gambar iklan yang menarik setanding dengan produk anda memainkan peranan yang sangat besar. Sesi photoshoot yang memang awesome.  Tak payah pikir mana la nak cari studio nak wat photoshoot ni. Knock knock knock! MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES sampai ke tempat anda. Apa tunggu lagi..HALLO HALLO la cepat sebelum harga promosi tamat. Like Page:  MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES    Whats app : 019-2059627 / 017-3404259 Terima kasih sudi baca entry ni.

DalinLienDaWinda : Hari Raya 2015

Image
Assalamualaikum.. UCAPAN HARI RAYA DAN KAD RAYA Masih belum terlambat lagikan lien nak wish selamat hari raya kat uols.Raya kan sebulan.hihi.Terima kasih daddy amsyar design kad raya yang cantik ni. Ada kad yang dah lien pos sebelum raya.Yang tak sempat lien pos lien minta maaf ya.Memang dari zaman sekolah lagi hobby lien mmg suka hantar kad raya pada kawan-kawan rapat lien. Kebiasaannya kad raya lien buat sendiri berdasarkan kreativiti lien yang tak seberapo ni..ahakz. Yang penting amalan menghantar kad raya ni tak lapuk dek zaman. Kat sini juga lien nak amik kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MAAF ZAHIR DAN BATIN. CERITA HARI RAYA 2015 DALINLIENDAWINDA Syukur alhamdulillah, 3 tahun dah dapat beraya bersama daddy amsyar dan juga amsyar.Tahun pertama amsyar dalam perut lagi.Memang terasa sangat perbezaan hari raya ketika kita masih anak dara dan bila dah berkeluarga. Part yang osom-osom nak balik kampung sape dulu tak yah cerita.Korang pun sama ka...

Resepi - Roti Goreng

Image
Assalamualaikum.. Cuti hujung minggu kali ni, lien berkesempatan sediakan menu ni. Bukan senang tau hari minggu untuk menghabiskan masa berada di rumah. Selalu outstation teman hubby. Kalau tak outstation  pun mesti ada aktiviti lain. Bulan Ramadhan ni ada sedikit kelapangan. Okay...lien nak share resepi yang lien uli dengan penuh kasih sayang ni dengan uols..hehhe.Lien sediakan juadah ni khas tuk amsyar dan daddy amsyar.Bagi yang nak mencuba..jom.Mana tau kot dapat bagi idea kat korang yang tengah kekeringan idea nak masak apa lagi kan. Resepi ni senang dan sangat mudah.  Bahan-bahan : Tepung Gandum  Telur Buttercup Mauripan Sedikit Garam  Sedikit Gula Minyak masak Inti: Filamen Ketam Sayur campur (kekacang, lobak merah, jagung). Sayur campur ni lien beli yang dah siap dalam peket tu. Mayonis Cara-cara membuat inti: Rebus ja dalam periuk sayur campur dan filamen ketam tu.Masukkan garam sikit ja tau. Agak-agak air dah mendidih,...

Menara Condong

Image
Assalamualaikum Selamat berpuasa yer. Okay hari ni lien nak share gambar yang boleh dikatakan agak lama juga lah diperam..hihi.Dah masak ranum agaknya.kih kih kih. Bulan May yang lepas lien menghadiri wedding dinner member lien yang berbangsa india di Teluk Intan Perak manakala hubby lien pula mewakili MEMORABLE PHOTOGRAPHY SERVICES sebagai official photographer untuk majlis beliau.  Perjalanan kami dari Selangor ke sana lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Teluk Intan. Kami tiba tersangat lah awal di Teluk Intan sebelum majlis bermula.Bila tiba ja kat sana, kami survey dulu lokasi majlis tu.Yayy, jarak antara lokasi majlis dan menara condong tak jauh pun.Jadi lien tak lepaskan peluang ni bergambar kenangan di menara condong sebelum bermulanya majlis wedding dinner tu. Ni nak mengaku ni, pertama kali tau lien jejak kaki kat Teluk Intan ni. hehhe. I nfo ringkas tentang menara condong  (sumber dari wikipedia) :  menara jam yang menjadi...

KG Gurl Maxi Skirt by MEk Jangok Enterprise

Image
Assalamualaikum.. Kali ni lien nak ajak korang sume berjangok dengan KG Gurl Maxi Skirt. Berinspirasikan gaya kesopanan kampung girl yang hanya memakai batik sarung dan pelikat hanya bila berada di rumah ketika masak kat dapur, kemas rumah, dan ketika berpantang 44 hari saja. Kembar lien mengetengahkan idea ni supaya tak kira kampung gurl atau bandar gurl boleh bergaya dengan batik sarung dan pelikat ni.Senang digayakan,hanya sarung saja. Boleh bergaya dengan KG gurl Maxi skirt di mana sahaja. RM50 Only!! Limited Time!! (Original Price RM55) P/S: bagi yang order melalui website boleh whatsapp 019-2059627 untuk dapatkan code harga tawaran di atas Like Page:  MEK Jangok Enterprise Website :  www,mekjangok.com Follow IG:  mekjangok.enterprise Terima kasih sudi baca entry ni tau

2Morrow Fashion Blast Fiesta 2015

Image
Assalamualaikum.. Lien baru nak update pasal fashion show yang sempat lien singgah iaitu  2Morrow Fashion  Blast Fiesta 2015. Acara ni berlangsung selama 2 hari iaitu pada 9 dan 10 May 2015 di roof top Avenue K. Nah pics yang sempat dirakam untuk lien share dengan korang semua. Pengacara pada hari tersebut yang bernama Dayah Bakar (follower setia rancangan 3R mesti kenal dengan beliau..kan kan kan) Memperkenalkan Raja Farah in the house. Uit..sape yang tak kenal dengan beliau kan. Kelihatan sangat manis dengan hijab dan abaya yang beliau gayakan ni. Teruja sebenarnya dapat bertentang mata dengan beliau. Seorang artis yang sangat pemurah dengan senyuman. Suka sangat melihat lakonan beliau dalam filem "Aku Masih Dara". Raja Farah Ni sape plak ni..kui kui kui. Bersama dengan teman setia saya ni. Amsyar pun tengok fashion show jugak. Siap tepuk tangan lagi. Tak sempat nak candid amsyar. "Hai..saya amsyar. Saya pun nak ca...

Diari Amsyar : Dah boleh berdiri dan bertatih

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Amsyar dah boleh berdiri dan sudah boleh bertatih dua tiga langkah.Syukur Alhamdulillah. Dari saat mengandung dan melahirkan amsyar sehinggalah amsyar sudah boleh berdiri saat ini, rasa seperti melihat keajaiban ciptaan Tuhan setiap hari.  Aksi amsyar yang sempat dirakamkan ketika lien dan hubby berada di acara 2morrow muslimah fashion show minggu lepas.Nanti lien update gambar-gambar acara fashion show yang sempat kami rakamkan tu plak yer. Terima kasih sudi baca entry ni.Tata.

Darab Bahagi

Image
Assalamualaikum.. Tadi hujan lebat.Mood menulis pun datang tiba-tiba.dan hanya dalam masa 10 minit saja dah tercipta puisi ni.Nah untuk tatapan uols..tulisan ambo  Darab Bahagi (Nukilan: Dalin LienDa Winda) Semalam telah pun berlalu Hari ini adalah nyata Untuk kau bersemuka dengan hidupmu Jangan pernah kau tunduk Pada sifatmu yang lemah Kuatlah kuatlah Demi hidupmu yang baru Hari ini adalah hari ini Untuk kau rasa gembira Jangan pernah rasa sesal Dengan kegagalan lalumu Kerana itu adalah pengajaran Paling bermakna untuk kau tempuh Darablah kekuatanmu Darablah semangatmu Biar jadi berganda-ganda Dan kau mampu untuk berbahagi Bahagialah kamu Terima kasih tau sudi jenguk belog ni.

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE