Posts

Prinsip Jati Diri dalam Telemovie Lalang

Image
Mengangkat pegangan prinsip sesekali kita perlu menjadi lalang yang mampu hidup dalam sekebun ubi kayu, jangan jadi seperti ubi kayu yang tidak mampu hidup dalam kebun dipenuhi lalang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan menyiarkan telemovie bertajuk “Lalang”. Karya arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM dan skrip oleh Mazlan Manan ini menemui penonton pada 8 September ini, pukul 9.00 malam di TV1. Mengangkat latar period drama berlaku sekitar tahun 1942, era penaklukan Jepun di Tanah Melayu, drama berdurasi 90 minit ini mengangkat tema pengorbanan dan patriotik dalam perjuangan bangsa untuk menuntut kemerdekaan negara. Menjalani penggambaran 16 hari di Kelantan, ikuti perjalanan kisah watak utama Embong (Syazwan Zulkifli) dan Ah Heng (Lenny Ooi) cuba mengelak diri mereka dari dipergunakan. Mereka tidak sanggup menjadi lalang yang terpaksa mengikut arah. Antara babak Lalang lakonan Syazwan Zulkifli Namun ugutan daripada...

Konsert “Sayang Malaysia”, 31 Ogos 2018

Image
Sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-61 tahun ini, disemarakkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan “Konsert Sayang Malaysia” pada 31 Ogos ini, pukul 8.30 malam disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1. Penganjuran konsert yang bermatlamat meraikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya ini secara tidak langsung dapat menyatukan rakyat pelbagai bangsa. Dengan tema sambutan Hari Merdeka bagi tahun ini ‘Sayangilah Malaysiaku’, konsert diterbitkan Sarena Mohd Salleh, Unit Hiburan TV RTM menampilkan barisan artis Akim & Majistret, Projector Band, Azlan & Typewriter, Fuying & Sam, Dato’ David Arumugam, Bumiputra Rokers dan Bunkface. Penonton konsert dihidangkan dengan persembahan kumpulan Bunkface menyanyikan lagu tema Merdeka bertajuk ‘Kita Punya Malaysia’ dan lagu popular mereka yang lain seperti ‘Malam Ini Kita Punya’, medley ‘Revolusi’ dan ‘Situasi’ juga ‘Rentak Laguku’.  Menampilkan gandingan pengacara Jeed Zulkifli ...

Chef Zam Bersama Selebriti Popular Kongsi Menu Lazat Dalam DAPUR CHEF ZAM di TV Okey (Astro 109)

Image
Dalam menjalani kehidupan artis yang sentiasa padat dengan jadual persembahan pentas mahu pun sibuk di lokasi penggambaran, beberapa orang artis popular sempat meluangkan masa bersama chef selebriti Chef Zam berkongsi menu menyelerakan. Menerus program terbaharu bertajuk “Dapur Chef Zam”, saksikan percubaan artis popular menyediakan menu lazat masakan tradisional dan fusion . Antara selebriti undangan termasuklah Neelofa, Izzue Islam, Saharul Ridzwan, Mark Adam, Amber Chia, Zara Zya, Umie Aida, Adibah Nor, Zulin Aziz dan ramai lagi. 13 episod program “Dapur Chef Zam” bersiaran mulai 22 Julai ini, setiap Ahad, pukul 9.30 pagi di TV Okey (Astro 109), merupakan sebuah rancangan masakan bersiri yang mengisahkan hos rancangan Chef Zam bersama artis dan selebriti jemputan memasak menu-menu yang lazat. Selain dari memasak, Chef Zam juga memberi tambah nilai informasi dengan memberi tip-tip masakan yang berguna kepada penonton serta banyak rahsia serta teknik masakan juga d...

Faizal Tahir Hos Travelog JELAJAH HATI di TV1

Image
Penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir bakal muncul sebagai hos sebuah program travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menggunakan tajuk “Jelajah Hati”, program 13 episod yang menemui penonton mulai 21 Julai ini, setiap Sabtu, pukul 12.30 tengah hari di TV1 ini menonjolkan ikatan silaturahim antara Malaysia dan Indonesia yang sememangnya sangat kuat.     Memaparkan kisah perjalanan Faizal Tahir dalam misinya cuba menjejaki dan berkongsi pengalaman mengenai makam-makam tersohor dan masjid-masjid bersejarah di Pulau Jawa. Beliau sempat juga melawat rumah kebajikan dan sebelum berangkat pulang ke Malaysia, beliau sempat bersama menimba pengalaman dengan satu kumpulan pemuzik jalanan di Jakarta. Sama-sama ikuti pengembaraan Faizal Tahir bermula dari Surabaya ke Situbondo. Di situ terletaknya Pesantren Salafiyah Syafi'iyah Sukorejo. Antara keunikannya pensantren tersebut menerapkan pelajaran muzik kepada pelajarnya sebagai salah satu kaeda...

Senandung Langit Biru

Image
SENANDUNG LANGIT BIRU Oleh: LienDa Menunggu pagi menyapa mentari Bersama lembut udara membelai Dari jauh tangan ku melambai Bersama rindu tersimpan di hati Indah meresap di jiwa Dari rantau pulang ke desa Ibu menyambut   dengan setia Melepas   rindu terlipat di beranda Menjalani hari penuh syukur Waktunya melihat langit biru Menggema nada alunan rindu Di senandung langit biru Marilah berseri bersama Menyambut pagi hari raya Marilah bergembira bersama Memohon ampun maaf ku pinta Boleh mengikuti saya di semua platform media sosial yang tertera di bawah:

SINOPSIS DRAMA ISTERI UNTUK DIIKTIRAF

Image
"Isteri untuk Diiktiraf" , drama yang berjaya mendapat tempat di hati peminat dan semakin disebut-sebut ini, menampilkan gandingan mantap pelakon Redza Rosli dan Elvina Mohamad. Drama bersiri “Isteri Untuk Diiktiraf”  adalah drama adaptasi novel karya Nurfaza Alisya ini disiarkan  setiap hari, sejak 16 Mei lalu, pukul 7.00 petang mengisi slot Widuri Khas Ramadan di TV1. Siaran ulangan  drama ini disiarkan pada pukul 5 pagi. Perkahwinan bukan atas dasar cinta tapi atas kehendak keluarga memerlukan pengorbanan untuk berjaya.  Drama ini  mengisahkan Safiyya menjadi yatim piatu apabila ibu-bapanya terlibat dengan kemalangan jala raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Masa berlalu Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan gigih mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawannya Yati, Safiyya mendapat beberapa pekerjaan. Tetapi tidak bertahan kerana sering berhenti kerana gangguan di tempat kerja. Kali terakhir Safiyya bekerja d...

Dokumentari "The Road to Russia" di TV1

Image
Bahang kehangatan Piala Dunia 2018 semakin dirasai. Bagi kaki-kaki bola pastinya tidak sabar untuk menyaksikan aksi pasukan kegemaran mereka merebut kejohanan yang diadakan lima tahun sekali ini. Rusia merupakan tuan rumah untuk Kejohanan Piala Dunia 2018 ini dan bakal membuka tirai bermula 14 Jun 2018. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah pun memulakan demam Piala Dunia dengan menyajikan sebuah dokumetari bertajuk “The Road To Russia” yang sedang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis , pukul 1.30 tengah hari di saluran TV1 . Siri dokumentari 20 episod ini memberi tumpuan kepada persediaan pasukan yang bertanding, cabaran kepada jurulatih dan pemain-pemain utama pasukan berkenaan serta persediaan tuan rumah dalam penganjuran acara yang gilang gemilang ini. Episod pengenalan memfokuskan kepada beberapa buah negara yang sering memberi saingan sengit dalam kejohanan ini. Memaparkan pemain tonggak pasukan Sepanyol (Sergio Ramos), Belgium (Romelo Lukaku), Nigeria ...

VIDEO - KARYA PENULISAN LIRIK OLEH DALIN LIENDA

NEW RELEASE